Tuesday, 26 May 2015

7 Makanan Banyakkan Susu Ibu Yang Mudah Dan Terbukti Berkesan


Assalamualaikum semua

Kesedaran ibu-ibu untuk memberi penyusuan susu ibu kepada bayi mereka secara eksklusif dilihat semakin meningkat pada hari ini. Ini mungkin disebabkan sudah ramai yang peka atau sedar dengan kepentingan dan khasiat susu ibu itu sendiri. 

Namun dalam keterujaan untuk menyusu bayi, mungkin ada di antara ibu-ibu terutama ibu muda yang menghadapi masalah kurang atau tiada susu badan. Nampaknya perjalanan menyusu bayi ni taklah semudah yang disangka. 

Oleh itu digalakkan ibu-ibu muda yang hamil anak pertama terutamanya membuat persediaan seperti membaca info-info berkenaan penyusuan, termasuk bagaimana untuk menambah susu badan sebelum bersalin lagi. Ini penting agar anda tidak gagal atau kecundang di tengah jalan dalam usaha untuk menyusukan bayi anda.

Saya sendiri dulu bukanlah dari golongan ibu-ibu yang banyak susu sampai melimpah ruah. Tapi, saya sentiasa berusaha mecari tip-tips atau petua yang boleh diamalkan sepanjang perjalanan saya menyusukan kedua-dua anak saya iaitu Armin Irfan dan Aina Qistina. Walupun tidaklah terlampau meriah, tetapi Alhamdulillah sangat membantu dan cukup untuk keperluan anak-anak.

Salah satu tips yang mudah nak diamalkan adalah dengan menjaga pemakanan. Selain mengambil makanan-makanan yang boleh membantu banyakkan susu, saya juga akan mengelak mengambil makanan yang boleh mengurangkan susu ibu.


Hari ini saya nak berkongsi dengan ibu-ibu semua, beberapa makanan penggalak susu atau milkbooster yang mudah dan terbukti berkesan. Mudah-mudahan membantu ya.

Ohh, tapi sebelum tu, jom sama-sama kita dengar sharing dari Puan Farah ni, sorang ibu yang sibuk dengan tugas sebagai seorang jururawat, dengan kerja shift bertukar-tukar, bagaimana beliau menghadapi masalah susu yang kurang sehingga tak cukup stok susu anak beliau. Jom kita tengok masalah beliau dan bagaimana beliau berjaya mengatasinya. 




7 Makanan Tambah Susu Ibu Yang Mudah Dan Terbukti Berkesan

1. Kurma


Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu.
Senang je kan nak dapat kurma ni, elok makan sekurang-kurangnya 7 biji sehari.

2. Halba / fenugreek


Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
Atau, boleh juga beli serbuk fenugreek di farmasi.

3. Habbatussauda

jintan hitam banyakkan susu

Yang ni pun tak perlu susah-susah cari. Ada banyak dijual dalam bentuk kapsul.

4. Oat


Oat ni selain membantu banyakkan susu, juga mengenyangkan. Jadi, sesiapa yang nak diet secara sihat tu, elok sangat amalkan oat ni. Kalau bancuh dengan milo pun sedap. Milo ni pun bantu tambah susu juga ni.

5. Horlicks
Horlicks juga membantu, cuma saya tak berapa gemar sangat Horlicks ni. Mungkin sebab agak manis kut bagi saya.

6. Buah longan kering


Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
Ok, yang ni memang sedap. 



Bila kita ambil supplement atau vitamin, pasti kita dapat rasa beza bila tak ambil. Pada saya bukan kehendak dah, dah jadi satu keperluan dah supplement ni. Untuk ibu-ibu yang sedang menyusu, supplements yang bagus diamalkan adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Alfafa. Supplements ni bantu kita tampung zat-zat nutrisi yang badan perlukan, kurangkan rasa letih, bagi tenaga berkekalan, kurangkan stress... Bila semua ni terkawal, makanya susu pun meriah.
Bonus yang best kan, supplements ni bagi kulit kita cantik dan badan maintain slim.. :)

Mudah-mudahan semua ibu-ibu dapat menyusu bayi sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih dan kita semua diberi ganjaran pahala bagi setiap titik susu yang dihisap oleh bayi kita. 
Selain amalkan milkbooster ni, jangan lupa minum air masak secukupnya dan pam/direct breastfeed dengan kerap tau. Kalau tak, tak jalan juga nanti.
 
Selamat mencuba ya ibu-ibu semua. Semoga membantu :) 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: