Friday, 16 May 2014

Petua/Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin


Entah macam mana tiba-tiba saya terjumpa website ni. Saje jer nak share sini, sebab website tu ada berkongsi tips dari blog saya ni, tips kuruskan badan selepas bersalin. Siap mention nama lagi, Puan Cik Jatt. Terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi tips dari blog saya. Semoga perkongsian ni dapat membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang ingin mengembalikan bentuk badan selepas bersalin.


Ramai ibu-ibu yang lepas bersalin dan pantang mengeluh kerana masalah berat badan yang melanda. Seluar lama sebelum bersalin semua dah tak muat, baju ketat, badan dan perut menggeleber, masalah biasa ibu-ibu selepas besalin ni. Keinginan untuk kurus dan kembali kepada bentuk badan asal lepas bersalin membuak2. Bagi yang mengalami masalah ni pasti tercari-cari apa petua dan tips untuk kurus dan kempiskan perut.

Jom saya kongsikan di sini beberapa tips yang dapat membantu anda kuruskan badan selepas bersalin:

1) Menitikberatkan penjagaan semasa dalam pantang

Saya pernah bertemu dengan seorang rakan saya yang baru sahaja habis berpantang anak sulung. Agak terkejut juga saya bila tengok perubahan bentuk badannya, terutamanya di bahagian pinggul dan paha. Kalau nak diikutkan, kawan saya ni kategori kurus. Saya syak, dia jarang pakai bengkung ketika dalam pantang. Bila saya tanya, rupanya dia tak pakai bengkung langsung. Nasib baik bukan adik saya, kalau tak awal-awal lagi akak dah sound dik oii.

So, sesape yang rasa-rasa tak nak badan menggeleber dan mengembang, tak nak perut buncit macam mengandung 3 bulan, sila prihatin bab-bab penjagaan semasa dalam pantang ok. Waktu berpantang ni sangat kritikal, just imagine badan kita dah alami banyak perubahan semasa 9 bulan tempoh kehamilan tu, mestilah kita nak pulihkan balik badan kita dalaman dan luaran kan.

Salah satunya, yang saya nak tekankan di sini adalah pemakaian bengkung. Kalau saya dulu, memang 24 jam pakai kecuali waktu mandi. Waktu nak ke tandas pun, cuma longgarkan sedikit jer, selepas tu ketatkan balik.

The best, guna bengkung yang jenis macam ni

2) Menyusukan bayi/breastfeeding

Manfaat breastfeeding ni bukan setakat untuk baby jer, ibu pun boleh dapat manfaat sekali. Setiap kali kita breastfeed, banyak kalori yang dibakar tau.

Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

3) Bersenam

Paling bagus setiap hari, 30 minit. Kalau tak sempat pun, buat waktu weekend.

Kalau kawan-kawan semua macam saya yang tak sempat nak bersenam sangat, apa kata sibukkan diri dengan membuat kerja rumah seperti vacuum rumah, mop lantai rumah, kemas rumah, lap-lap apa yang patut. Buat aktiviti yang banyak bergerak seperti keluar jalan-jalan atau shopping (bersenam tak sempat, shopping sempat pula, hehehe) dan bawa anak-anak main di taman permainan. 

4) Makan makanan yang boleh bakar lemak

Nak kembali kurus dan langsing pun, jangan sampai tak makan ataupun diet extreme, lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu. Apa yang boleh anda lakukan, amalkan diet seimbang dan ambil makanan yang kaya serat dan boleh membakar lemak contohnya seperti salad, sayur-sayuran hijau, oat dan yogurt.

Cadangan Supplement Shaklee untuk Kuruskan Badan

Set Kurus Shaklee juga boleh membantu ibu-ibu yang ingin kembali langsing selepas bersalin dan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, anda juga boleh amalkan set ini. Dengan set ini, bukan sahaja badan boleh kurus, malah membantu anda untuk kekal cergas, meningkatkan penghasilan susu ibu, bonus: kulit pun makin cantik:)

Spplement Shaklee bukanlah ubat kurus magik yang menjanjikan anda kurus dalam masa seminggu, atau ubat kurus yang menjanjikan anda kurus tanpa perlu berlapar, tetapi supplement Shaklee adalah supplement semulajadi yang membantu proses mengurangkan berat badan anda. Membantu anda untuk detoks, membakar lemak, memberi rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan dan menampung keperluan zat badan anda sepanjang proses anda berdiet.


Berikut adalah fungsi produk secara ringkas :
  1. Herblax - detoks usus, berfungsi mencuci usus secara menyeluruh. Sangat membantu terutamanya yang mempunyai masalah sembelit
  2. Alfafa -  berfungsi sebagai fiber yang mengangkut keluar lemak yang telah dipecahkan dan juga detoks seluruh badan
  3. Lecithin - berfungsi untuk memecahkan lemak
  4. Omega Guard - berfungsi untuk memecahkan lemak dengan lebih cepat
  5. Cinch Shake / ESP - kekalkan jisim otot tanpa lemak, membantu memberi rasa kenyang, mengawal rasa lapar, meningkatkan metabolisma
Hahhh, siapa cakap selepas bersalin tak boleh kembali kurus dan langsing. Siapa cakap ibu menyusu tak boleh kurus. Jom sama-sama cantik untuk suami kita, suami pun bangga kalau tengok isterinya cantik dan kembali slim sperti zaman-zaman dulu:)

Yang penting amalkan penjagaan dan pemakanan yang betul, PASTI BOLEH. 

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, boleh hubungi saya ok!

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: