Monday, 5 May 2014

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu


Secara amnya, anda berkongsi makanan dengan bayi anda semasa anda menyusuinya. Oleh itu, anda perlu fikirkan apa yang anda makan mempunyai nutrisi yang tinggi dan pelbagai.


Secara logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yoghurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan.

Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 

1. Sayuran dan buah-buahan
2. Roti dan bijirin
3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)
4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin.

Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis.

Menyusui membuatkan anda haus. Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh, dan hentikan pengambilan alkohol sepenuhnya. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Intoleransi Makanan 

Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak.

Alahan Makanan

Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda. 

Happy Breastfeeding!

No comments: