Monday 12 May 2014

Kelebihan dan Kebaikan Garlic Complex Shaklee


Cik abang saya ni risau sikit bab-bab kolestrol. Sebab dulu waktu check darah, result kolestrol dia tinggi sikit. Tu yang lepas tu konsisten betul dengan supplement especially Lecithin dan Omega Guard. Baru-baru ni, request pula nak ambil Garlic Complex. Prihatin betul cik abang ku dengan kesihatan ni. Tak payah nak kena paksa makan. Hihi.

So, tambah satu lagi supplement cik abang ku :)


Garlic atau dalam Bahasa Melayunya ialah bawang putih, mudah dijumpai dalam dapur setiap rumah. Tiap kali masak, mesti kita guna bawang putih kan. Dulu pada saya, letak bawang putih tu sebab nak bagi masakan jadi sedap. Tak pernah nak ambil tahu pun khasiat bawang putih ni.

Saya ingat, mak saya pernah cakap, orang cina suka sangat bawang putih, sebab bagus untuk kesihatan. Korang tahu tak, masyarakat Korea siap amalkan makan garlic mentah-mentah lagi, tak perlu dipotong-potong kecik, tak perlu digoreng atau direbus. Mereka makan begitu sahaja. Setiap suapan perlu lah disertai dengan sebiji garlic. So kalau contohnya sepinggan nasi tu bersamaan 10 suapan, 10 garlic lah yang mereka telan. Tengok lah kulit muka orang-orang Korea, halus tanpa jerawat batu.Ok, yang ni saya dah teruja.

Tapi kan, saya kalau tengah makan tergigit bawang putih ni, rasa macam potong selera sikit. Tak berapa nak suka sangat rasa dia. Kalau dah blend or tumbuk halus, ok. Ni, dah ada pil ni, lagi la tersangat ok. Telan gitu je.

Kepentingan Suplemen Garlic Complex Kepada Kesihatan Tubuh
  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium + germanium + acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes – Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
    • Perut memulas (stomach upset)
    • Cirit-birit (Diarrhea)
    • Bronkitis
    • Luka-luka (infected wounds)
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya.
Kelebihan & Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
  1. Pengekalan 100% Allicin aktif
  2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
  6. Merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

11 comments:

Niza Yusof said...

bagus garlic nie.. untuk buang angin juga..

Unknown said...

Baru rembat petang tadi kat branch. Tadi telan 2 biji. Tengok ape hasilnya

Unknown said...

Bismillah,

bagus garlic ni...utk hilangkan angin2 badan.

Unknown said...

yes mmg berkesan..
kawan saya keputihan masa hamil..alhamdulillah ambik ni dh hilang...

Unknown said...

salam..
pregnant boleh amik ke? ada mslh kputihan

RV adyani said...

garlic ANTIBIOTIK semulajadi juga..best2

Yang Hayati said...

Kalau ambil sebiji sehari boleh tak

Yang Hayati said...

Kalau ambil sebiji sehari boleh tak

www.mamaashraf.blogspot.my said...

info yang padat.done follow :)

Nadiah Suhaidi said...

Bagus garlic ni memang berkesan kalau konsisten.

Unknown said...

Untuk ibu mnyusukn bayi ,,boleh ambik ke tablet garlic nie?