Friday, 16 May 2014

Perjumpaan Surirumah (WAHM) Supermom Hebat


Baru-baru ini, kumpulan Shaklee saya iaitu Supermom telah mengadakan satu program secara besar-besaran di Penang Golf Resort. Seronok sangat tau, bukan selalu kami dapat berkumpul ramai-rami macam ni. Maklumlah, online business, kebanyakan coaching kami pun secara online jer. Tapi, sesekali berjumpa ni, bolehla sedut aura dan berkongsi ilmu dengan oang-orang positif dan berjaya ni.

Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Lepas tu, kami beramai-ramai ke Mee Ketam Juru pula. Memang pack betul hari tu, tapi rasa macam cepat jer masa berlalu. Dari pagi dikelilingi dengan orang-orang hebat, mendengar sharing dan ilmu dari orang-orang yang hebat, memang terasa semangat betul. Alhamdulillah, syukur sangat dipertemukan dengan business dan kumpulan yang bukan sekadar mengejar keuntungan duniawi semata-mata, malah kami juga mementingkan pengisian rohani dan ikatan ukhuwah yan rapat sesama kami. Walaupun masing-masing menjalankan business yang sama, tetapi semuanya tak lokek ilmu untuk berkongsi rahsia dan tips untuk berjaya dalam Shaklee.

Tajuk entry ni, perjumpaan surirumah. Tapi sebenarnya, tak semuanya surirumah. Ada juga yang masih bekerja dan menjalankan online business Shaklee secara part time. Dan seperti biasa, perjumpaan kumpulan kami ni, tak sah la kalau tak meriah dengan anak-anak. Memang dah macam Family Day dah. Anak-anak main atas stage, adalah perkara biasa. Inilah yang membuatkan saya bertambah sayang dengan business Shaklee ni. Maklumlah, saya ni kan dengan anak-anak tak boleh berpisah. Lagipun, saya suka bila bawa  anak-anak saya ke majlis ilmu begini, salah satu cara untuk mendedahkan mereka dengan sesuatu yang positif :)

Jom kita layan gambar pula ok..

 Dah sampai, kita breakfast dulu, perut kena isi :)

 Mama nak menuntut ilmu ni, anak-anak pun pandai bawa diri buat kerja sendiri. Mama dah pesan siap, bawa homework sekali :)

 Suasana dalam dewan

 Sharing dari mak Shaklee saya, mami Hadhatina Mkb. 
Tengok kat belakang, ipan enterframe. Hihi

 Salah satu game selingan. Kena menyanyi.
I ok jer, kata die hard fan Kak Siti. Haha

 My group menang one of the game.
Sekelip mata jer hamper tu habis. Ipan degan kakak awal-awal dah tunggu nak buka hamper

 Me and mami Hadhatina

 Group photo

Aktiviti terakhir.. Apa lagi, Mee Udang Juru ler.
Cumanya, malam tu kami makan nasi. Serious kenyang sampai ke pagi

Menarik kan business Shaklee ni.
Tak perlu keluar rumah tinggal anak-anak kat rumah, anak-anak pun happy sangat tau bila kita bawa ke majlis-majlis macam ni. Kalau tanya kakak dengan ipan, dua-dua excited nak ikut lagi..
Seronok kata diorang :)

1 comment:

safurara said...

wow semua hebat2 neh!