Bila sebut saja MLM, mesti ramai yang fikir negatif kan. Honestly, saya dulu pun macam tu. Jangan harap la saya nak join mana-mana MLM. Tetapi, kita ni hanya manusia, hanya mampu merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah dah pertemukan saya dengan Shaklee, dan membuka pintu hati saya untuk buat business Shaklee, yang juga business MLM.
Saya bukanlah seorang yang arif tentang agama, tetapi tak bermakna saya tidak ambil tahu. Pada saya, walau apa pun business yang kita buat, biarlah ianya berlandaskan dan mematuhi syariah. Keberkatan rezeki itu adalah sangat penting. Bila dah join business Shaklee ni, terutamanya di bawah kumpulan Jutawan, barulah saya nampak the beauty of business MLM Shaklee. Langsung tak sama macam business MLM lain yang kawan2 saya pernah ceritakan. Di dalam kumpulan kami, tiada istilah mengkayakan orang atas. Di dalam business Shaklee ni, kami sama-sama berusaha untuk naik sama-sama. Ukhuwah yang terjalin, ilmu yang diperolehi, bukan sekadar untuk business sahaja, malah lebih dari itu.
Ok, di bawah ni saya senaraikan garis panduan memilih perniagaan berasaskan MLM agar menurut syariah.
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan
lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya
tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam
undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan
kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Sumber:
Saya yakin Shaklee merupakan salah satu company yang mempunyai ciri-ciri di atas. Disebabkan tulah, saya tak pernah menyesal memilih Shaklee sebagai business saya. Syukur Alhamdulillah Allah mempertemukan saya dengan business Shaklee dan kumpulan Jutawan, business yang telah banyak mengubah diri dan kehidupan saya, dari seorang Jurutera kini menjadi seorang Work at Home Mother (WAHM).
***********************************************************
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
No comments:
Post a Comment