Monday 5 September 2016

Bahaya Makan Mee Maggi Ketika Hamil Yang Perlu Ibu Tahu


Tengah hamil.. tapi teringinnnn sangat nak makan maggi. Berbelah-bagi samada nak makan ke tak. Mesti ramai ibu hamil yang selalu jadi macam ni kan.

Dok terbayang-bayang je makan maggi panas-panas, masak pulak letak cili api sikit, sayur sikit, dengan telur lagi. Sedapnyaaa!

Sedap memang la sedap. Tapi macam tak berkhasiat kan. Banyak pulak tu bahan-bahan perasa tambahan.
Jadi, boleh ke ibu mengandung makan mee maggi ni?
Bahaya tak untuk bayi?


Ibu hamil perlu elakkan makan mee maggi!

Ya, betul. Ibu hamil perlu elakkan makan mee maggi kerana ia mendatangkan bahaya bukan saja kepada ibu, malah kepada bayi di dalam kandungan juga.

Ada 10 sebab utama yang akan saya kongsikan di sini, kenapa mee maggi bahaya untuk ibu dan bayi.

1. Keguguran

Maggi boleh memberi kesan kepada perkembangan janin dan boleh menyebabkan keguguran.

2. Tiada vitamin dan mineral

Mee maggi memang tinggi karbohidrat, akan tetapi tiada vitamin, serat dan mineral. Sebab tu mee maggi ni orang panggil makanan ringan atau makanan segera.
 
3. Halang penyerapan nutrien

Maggi menghalang penyerapan nutrien kepada janin di dalam kandungan.

4. Risiko kanser

Bahan dalam mee maggi merupakan ejen yang menyebabkan kanser. Bahan tersebut dikenali sebagai “Styrofoam".

5. Risiko penyakit kronik

Mee segera tinggi kandungan natrium dan ia boleh membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan.

6. Risiko obesiti

Salah satu punca obesiti adalah disebabkan pengambilan mee segera. Ibu hamil perluk elak daripada mengalami obesiti.

7. Tidak bagus untuk penghadaman

Mee segera juga tidak bagus untuk sistem penghadaman. Siapa yang perut sensitif kalau makan mi segera mesti kembung perut sebab sistem penghadaman terganggu.

8. Melemahkan sistem imun

Bahan dalam Maggi dipanggil Gilikol Propylene bertindak mengekalkan kelembapan Mee. Bahan ini boleh melemahkan sistem imun badan. Ia juga mudah berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati dan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian tersebut.

9. Menjejaskan metabolisma

Pengambilan Mee segera juga boleh menjejaskan metabolisma badan, kerana terdapat nya bahan-bahan kimia seperti pewarna dan bahan pengawet.

10. Mengadungi MSG

MSG ( Monosodium Glutamat) digunakan sebagai perisa di dalam Mee segera. Kesan pengambilan MSG akan menyebabkan sakit kepala.

Seram kan bila baca ni.. terus hilang dah bayangan maggi yang sedap tadi :)

Actually, maggi ni bukan sahaja bahaya untuk ibu hamil, malah untuk semua orang.

Tapi, macam mana nak buat kalau ibu hamil mengidam sangat nak makan maggi?

Kesian juga kan. Bukan main2 ni kalau ibu hamil mengidam. Cuma kadang tu tak boleh dilayan jugak.

Tapi kalau dah mengidam dan teringin sangat, ini cadangan saya ya:
  • Jangan makan hari-hari. Sekali sekala boleh la.
  • Elakkan gunakan perasa. Try buat perencah sendiri. Lagi sedap tau. Kalau nak jugak perasa tu, ambil separuh je campurkan dalam perencah sendiri.
  • Jangan makan Maggi kosong je sebab tak ada zat dan vitamin pon. Tambah la telur, sayur-sayuran, ayam, udang, ketam supaya seimbang kandungan zat dan nutrisi.
  • Mee segera tu rebus dalam air dan toskan. Jangan guna air yang pertama yang kita rebus mee tu sebab dalam air rebusan tu ada lilin yang merbahaya. Lepas tos kan, rebus lagi air kali kedua sehingga mendidih dan masukan semula mee.
Apapun, selagi boleh elak, elok elak la yer makan mee maggi waktu hamil ni. Tapi, kalau nak lepaskan rasa teringin tu, boleh follow tips yang saya share ni ya.

Semoga bermanfaat.

Untuk info tentang pemakanan dan pengambilan vitamin semasa hamil >> KLIK SINI

No comments: