Saturday 17 September 2016

Hidung Anak Kerap Berdarah Sampai Risau Dibuatnya. Bahaya Ke Tak Sebenarnya ?


Pernah tak anak anda tiba-tiba mengalami hidung berdarah?

Anak saya yang sulung dulu pernah juga jadi hidung berdarah ni.
Panik juga yang pertama kali tu, maklumlah, tiba-tiba je kan keluar darah.

Ada juga kanak-kanak yang kerap jadi hidung berdarah ni. Kalau dah kerap sangat, mesti risau juga dibuatnya kan.


Bahaya ke hidung berdarah ni?

Kebiasaannya hidung berdarah ni berlaku pada kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Walaupun masalah ini sering dilihat berlaku di kalangan kanak-kanak,namun masalah hidung berdarah ini tidak serius dan mudah dirawat.

Apa punca hidung beradarah
  • Sejuk dan alahan
  • Jangkitan pada salur hidung
  • Menghembus hidung terlalu kuat
  • Memicit hidung
  • Kecederaan pada bahagian dalam hidung
  • Dinding tengah hidung senget
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah
  • Kanak-kanak kecil memasukkan makanan atau alat mainan ke dalam hidung mereka secara tidak sengaja
Tips mencegah hidung berdarah
  • Pastikan kuku anak anda pendek untuk mengelakkan kecederaan pada dinding hidung ketika anak anda ‘mengorek hidung’
  • Kekalkan kelembapan di bahagian dalam hidung dengan menggunakan ‘saline nasal spray’ yang boleh didapati di farmasi atau sapukan sedikit krim antibiotik di sekeliling lubang hidung
  • Sekiranya udara di rumah agak kering, anda bolehlah menggunakan ‘air humidifier’ di rumah
  • Pastikan anak anda memakai helmet atau kelengkapan perlindungan diri yang lain apabila melibatkan diri dalam sukan yang boleh menyebabkan kecederaan pada hidung
Apa nak buat sekiranya anak anda mengalami hidung berdarah
  • Beri keselesaan kepada anak anda apabila dia mengalami hidung berdarah
  • Galakkan anak anda untuk meniup hidung berdarah dengan lembut untuk mengeluarkan semua darah beku
  • Kemudian, dudukkan anak anda di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok
  • Tekan bahagian hadapan hidung iaitu bahagian yang lembut bukannya tulang hidung dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Suruh anak anda bernafas dengan menggunakan mulut
  • Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Tindakan ini akan mengecutkan salur-salur darah di hidung dan menghentikan hidung berdarah dengan lebih cepat
  • Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening,nampak pucat atau hidung berdarah dengan banyak dan berterusan
Sekiranya pendarahan tidak berhenti?

Bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor segera ya. Mungkin anak anda memerlukan rawatan selanjutnya.

No comments: