Assalamualaikum
Salam Hari Isnin semua
Bermula la balik ye rutin kita, terutamanya mak-mak yang ada anak yang bersekolah tu. Maklumlah dah sakan bercuti seminggu. Mesti banyak drama pagi ni. Macam-macam watak ada pagi ni kan. Ada mak-mak yang dah bertukar jadi 'hulk' tak pagi ni :)
Alhamdulillah kami pagi tadi semuanya dalam keadaan terkawal. Kakak dengan irfan senang betul bangun, mood pun ceria je masing2. Excited nak pergi school jumpa kawan-kawan agaknya.
Ok, sementara nak menunggu waktu untuk masak lunch jap lagi, jom saya nak kongsikan satu artikel menarik ni.
Tentang pengambilan vitamin atau supplements tambahan. Perlu ke sebenarnya?
Artikel yang saya nak kongsikan di sini adalah pendapat dan nasihat dari doktor, yang pada saya sangat ringkas, jelas dan padat.
Perlu ke ambil vitamin atau supplement tambahan?
Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup setengah juta tahun dahulu, jawapannya adalah TIDAK.
Kenapa pula macam tu?
Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.
Vitamin dan zat mineral sangat penting
dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi
badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.
Nenek moyang kita yang hidup beribu atau
beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini
bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada
haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta
dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan
vitamin atau zat galian tambahan.
Sebaliknya, makanan anda datang dari
pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah
dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam
kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak
dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan
antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta
membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan
ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali
tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai
bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.
Sekiranya makanan sebegini yang anda
makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan
zat galian yang cukup adalah amat tipis.
Zat galian berpunca dari tanah.
Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun,
kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan
nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium,
kromium, magnesium dan sebagainya?
Contohnya.... Vitamin C
Vitamin C sekali pun tetap memerlukan
sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.
Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus
vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan,
penyimpanan dan pengangkutan makanan.
Vitamin C yang terdapat di dalam
sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari
kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren
yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah
hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan
sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi
vitamin tambahan untuk badan anda.
Jadi, sebab tu lah anda perlu ambil supplement tambahan
Anda memerlukan vitamin atau zat galian
tambahan bukan kerana kerana tidak mendapat khasiat tersebut daripada
makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada
tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke
pinggan anda).
Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan
variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat
vitamin dan zat galian.
Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan
besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula
diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang.
Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang
mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan
terperinci sekalipun.
Maka, jika anda beranggapan bahawa anda
mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya
daripada makanan, anda sudah pasti tersilap!
Rujukan:
- Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.
Apa ciri-ciri supplement tambahan yang bagus, berkesan dan selamat? >> KLIK SINI
No comments:
Post a Comment