Tuesday 13 September 2016

Betul Ke Shaklee Ni Berkesan Dan Bagus Sangat. Apa Buktinya?


Macam mana korang korang tau supplements atau vitamin yang korang ambil sekarang berkesan ye?
Dan macam mana pulak korang tau yang produk tu selamat, takde kesan sampingan yang merbahaya untuk badan korang, especially untuk jangka masa panjang.

First point, yang tentang berkesan tu, saya pasti ramai yang bersandarkan testimoni kan. Tapi boleh percaya ke testimoni tu. Tahu tak, gambar saya ni pun ramai yang cilok kononnya saya guna produk diorang. Siap ada yang guna untuk testimoni suntikan vitamin c lagi. Adoi la, kalau korang tengok gambar saya untuk produk selain produk Shaklee tu, jangan la percaya k.

Second point, yang tentang selamat atau tak tu, adakah korang betul-betul check tentang produk tu, samada betul-betul dijamin dan terbukti selamat, atau sebenarnya korang tak ambil tahu pun ye. Janji berkesan.

Bab-bab selamat tu, actually tu paling penting tau. Nak-nak sekarang ni makin banyak produk yang tiba-tiba muncul kan.

Benda yang nak masuk dalam badan ni, kena fikir panjang dulu nak makan. Kesannya tu, mungkin bukan sekarang, tapi akan datang? Kita tak tau. Sanggup ke kita ambil risiko untuk kesihatan dan nyawa kita sendiri?


3 soalan yang perlu korang tanya pada penjual vitamin sebelum beli kalau nak selamat dan panjang umur 
  • Syarikat vitamin tu ada saintis yang bertauliah? Bertauliah tu dengan sijil yang diiktiraf dunia tau. Sendiri bagi title Dr tu tak aci. Lagipun dikira menipu tu.
  • Produk-produk tu ada kajian klinikal dengan pesngesahan pihak ketiga? Dan kajian-kajian tersebut dah masuk journal bertaraf antarabangsa?
  • Ada landmark study yang membuktikan penggunaan vitamin-vitamin tu tidak membahayakan untuk jangka masa panjang?
Amaran ikhlas dari saya, jangan beli apa-apa pun vitamin kalau penjual tu tak boleh jawab semua di atas.

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai supplements untuk diri sendiri dan keluarga?
Sebab, Shaklee satu-satunya syarikat pengeluar supplement yang memenuhi semua kriteria di atas.

Apa itu 'Landmark Study'?

Antara ketiga-tiga point di atas, saya yakin ramai yang tertanya-tanya tentang 'Landmark Study' kan. Apa tu?

Landmark study ni adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji bukan saja keberkesanan malah, KESELAMATAN pengambilan vitamin atau supplement untuk jangka masa panjang.
Kajian ni dijalankan untuk tempoh yang panjang melebihi 20 tahun dan bukannya dijalankan oleh Shaklee sendiri, malah pihak ketiga iaitu top saintis di UC Berkeley, Dr Gladys Block.

Yang menariknya, Dr Gladys Block ni yang approach Shaklee sebenarnya. Pada mulanya, CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett, risau jugak nak terima usul Dr Gladys ni. Mana taknya, apa pun keputusan kajian tu nanti tentang Shaklee, baik ke buruk ke, tetap dia akan publish. Kalau baik, baguslah. Tapi cer bayangkan hasil kajian tu sebaliknya, alamat gulung tikar la Shaklee.




Tapi. disebabkan keyakinan Mr Roger Barnett yang tinggi dengan kualiti produk Shaklee, beliau akhirnya setuju terima usul Dr Gladys.

Bagaimana 'Landmark Study' ini dijalankan? ​ 

Landmark Study ini telah dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar iaitu:
  • Pengguna Shaklee yang telah mengambil suplemen Shaklee lebih 20 tahun 
  • Pengguna yang mengambil supplement dari jenama lain
  • Tidak mengambil supplement
Keputusan kajian ini sangat mengejutkan!

Hasil daripada keputusan kajian ni, terbukti kumpulan yang mengamalkan supplement Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang paling bagus.

Tetapi, apa yang lebih memeranjatkan lagi, kumpulan yang mengamalkan supplements dari jenama lain mempunyai tahap kesihatan yang lebih teruk dari kumpulan yang tidak mengambil sebarang supplement!

So korang, kalau tak nak ambil Shaklee pun, hati-hati ya kalau nak ambil supplements jenama lain. Sayanglah kesihatan dan nyawa sendiri.
Kenapa 'Landmark Study' ni paling komprehensif?

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan syarikat tidak mempunyai standard "Quality Assurance" yang sama seperti yang dipraktikkan di Shaklee. Sangat sedikit syarikat yang menjalankan kajian klinikal atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. (Part ini yang banyak berlaku di Malaysia, sehingga menjadi lambakan "Suplemen Sampah" yang boleh memudaratkan anda!)

Berkenaan tentang 'Landmark Study':
  • Shaklee satu-satunya syarikat vitamin yang berani buat
  • Dikaji oleh Dr Gladys Block, top epidemiologist USA
  • Keputusan akan tetap dipublish walaupun tidak menyebelahi Shaklee
  • Peer review dan disahkan oleh saintis luar

Doktor pun cakap Shaklee bagus!

Sebab tula... doktor pun cakap Shaklee bagus. Selalu sangat saya dengar ni. Even ramai cutomer saya pun ada yang bagitau diorang ambil Shaklee sebab doktor yang recommend pun ada :)

Ini pula kata seorang professor tentang Shaklee. Beliau seorang yang jenis bukan senang percaya. Apa-apa pun nak bukti yang kukuh!

Jadi kami sebagai pengedar Shaklee ni, bukan sesuka hati mengatakan produk ni berkesan tetapi ianya telah dibuktikan berkesan! Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih muda, sihat, dan bertenaga!


Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik dan saya yakin anda pasti memilih yang terbaik!

Saya yakin yang Shaklee adalah pilihan tepat untuk diri sendiri dan keluarga, dan saya yakin Shaklee juga adalah pilihan tepat untuk anda. Saya tetap tak jemu berkongsi dengan semua tentang kelebihan dan kebaikan semua produk Shaklee :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: