Monday 5 September 2016

Virus Zika Bahaya Kepada Ibu Hamil? Tanda-tanda Dan Cara Mencegahnya


Ancaman Zika kini sah melanda Malaysia, dengan seorang wanita dari Klang yang baru pulang dari Singapura disahkan positif sebagai kes pertama di negara ini.

Dan apa yang buatkan ramai orang semakin panik, sekarang ni dah ada juga kes di Malaysia yang katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun, di mana kemungkinan beliau telah digigit oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika.

Memandangkan virus Zika telah pun dikesan di negara ini, dijangkakan peningkatan kes Zika akan berlaku jika tindakan pencegahan tidak dilakukan oleh masyarakat dan semua pihak.


Apa yang perlu kita tahu tentang virus Zika?

Apa itu virus Zika

Zika ialah penyakit yang disebabkan oleh virus Zika. Virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, iaitu nyamuk yang juga menyebarkan denggi dan chikungunya.

Bagaimana Zika merebak

Walaubagaimanapun, tidak seperti denggi dan chikungunya yang hanya boleh tersebar melalui nyamuk, Zika juga boleh dijangkiti melalui:
  • hubungan seks tanpa perlindungan dengan seseorang yang telah dijangkiti
  • pemindahan darah
Zika tidak boleh tersebar melalui sentuhan biasa dengan orang yang telah dijangkiti.

Tanda-tanda seseorang dijangkiti virus zika

Zika boleh mengambil sehingga 12 hari untuk muncul selepas seseorang itu terkena gigitan.
Simptom-simptomnya adalah ringan, tetapi boleh termasuk yang berikut:
  • ruam
  • gatal-gatal
  • demam 
  • konjunktivitis (mata merah)
  • sakit di belakang mata
  • sakit kepala
  • sakit-sakit otot
  • sakit belakang pinggang
  • sakit sendi atau keradangan
Simptom-simptom ini berlangsung selama dua hingga tujuh hari.

Zika boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan?

Ya. Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Virus Zika boleh meningkatkan risiko bayi dalam kandungan dilahirkan dengan kepala yang kecil (mikrosefali) atau kecacatan semasa lahir yang lain. Sindrom microcephali disebabkan virus Zika ni akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Zika ni sama la macam denggi, tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

Langkah mencegah dijangkiti virus Zika

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran
Bagaimana Shaklee membantu mencegah virus Zika

Selain itu, jom kita usaha untuk kuatkan immune system badan supaya dapat membantu merendahkan risiko kita dijangkiti virus Zika ini.

Di antara supplements yang boleh diamalkan untuk meningkatkan immune system badan:


Nutriferon menguatkan immune system badan dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan. Dihasilkan oleh pakar imun terkemuka, Dr. Kojima Yasuhiko selepas kajian selama 40 tahun. Nutriferon ni adalah ramuan 4 jenis tumbuhan yang sangat membantu menguatkan immune system badan iaitu campuran biji labu (Pumpkin Seeds), bunga Safflower, benih Plantago dan Japanese Honeysuckle.

Vitamin C menguatkan immune system badan, meningkatkan pengeluaran antibodi dan sel darah putih, membantu penyembuhan luka.

Garlic merupakan antibiotik semulajadi dan penggalak imun yang sangat berkesan sejak dahulu lagi. Allicin di dalam bawang putih merupakan komponen aktif dalam pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan antibodi badan.


Selain itu, disarankan juga supaya menggunakan Herbal Blend dari Shaklee.
Herbal Blend ni merupakan sejenis krim serbaguna yang mempunyai bahan yang boleh elak gigitan nyamuk iaitu Lemon Balm (Nama Saintifik : Melissa Officinalisas). Herbal Blend ni untuk disapu ke badan.
 
Macam-macam virus kita dengar sekarang kan.
Mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada virus yang pelik-pelik ni.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: