Sunday 25 September 2016

Rawat Vertigo Dengan Cepat Sebelum Ada Risiko Menjadi Pekak


Vertigo. Pernah dengar tak?

Pasti ramai yang tak pernah tahu tentang penyakit vertigo, melainkan diri sendiri atau mengenali seseorang yang diserang vertigo ni.

Zaman moden ni, macam-macam jenis penyakit yang berisiko untuk menyerang kita. Salah-satunya, penyakit yang mungkin anda tak pernah dengar langsung contoh macam vertigo ni la.

Saya pernah kenal dan lihat juga beberapa orang yang terkena vertigo ni.

Tapi, apa tu vertigo sebenarnya?
Serius ke penyakit vertigo ni, sampai boleh menyebabkan pekak kalau tidak dirawat cepat?

Jom kita kenali dulu tentang vertigo.


Apa itu vertigo

Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang.

Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

Punca-punca berlakunya vertigo
  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi)
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.
 
Tanda-tanda anda mengalami vertigo

Serangan vertigo ni terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang.
  • Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Tubuh rasa berdebar-debar 
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.
4 cara merawat vertigo

Kebiasaannya, masalah vertigo ni akan datang dan pergi, boleh berlaku dalam masa beberapa jam dan hilang begitu sahaja, selepas tu datang balik, berulang-ulang. Semakin lama dibiarkan, tanpa rawatan yang sepatutnya, akan menjadi semakin serius.

Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis dan punca vertigo yang dialami oleh pesakit.

1. Siri pergerakan yang dikenali sebagai 'Prosedur Menempatkan Semula Canalith'

Sekiranya anda didiagnos diserang vertigo oleh pakar ENT (Ear Nose And Throat), beliau akan melakukan 'Prosedur Menempatkan Semula Canalith' ini untuk anda.

Prosedur ni mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Ianya terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.
 
Doktor juga akan menunjuk ajar beberapa senaman terapi sebagai panduan untuk anda lakukannya di rumah.

 
 2. Ubat-ubatan

Biasanya, ubat-ubatan juga turut diberi kepada anda.

Antaranya seperti betasere, stemetil dan stugeron.
 
 
3. Pembedahan

Sekiranya keadaan bertambah serius, worst case, doktor akan menyarankan prosedur pembedahan untuk anda di mana penyumbat tulang akan digunakan untuk menghalang bahagian daripada telinga dalaman yang menyebabkan pening.

Penyumbat tersebut bertindak menyekat partikel-partikel yang terapung di dalam saluran telinga anda daripada bergerak.


4. Rawatan semulajadi

Antara tips yang juga boleh membantu anda mengatasi serangkan vertigo ni adalah:
  • Duduk atau baring dengan segera apabila terasa pening
  • Elakkan tidur pada sebelah telinga yang terjejas
  • Bangkit dari tidur secara perlahan-lahan. Duduk sekejap di birai katil
  • Elakkan daripada membongkok untuk mengambil sesuatu
  • Gunakan dua atau lebih bantal pada waktu malam
  • Gunakan lampu yang terang jika anda bangun di tengah malam
Selain itu, saya juga ingin berkongsi satu cara berkesan yang telah membantu ramai pesakit vertigo. Jom lihat apa kata mereka yang dah amal dan bebas dari derita penyakit vertigo.

Testimoni 1

Tak sempat operate, vertigo dah sembuh


Testimoni 2

Vertigo sembuh, tiada lagi rasa pening melayang



Testimoni 3

Hampir pekak diserang vertigo, kini pulih sepenuhnya


Vivix adalah supplement yang paling recommended untuk membantu penyakit vertigo. Ianya adalah tonik yang dirumuskan secara teliti dan telah pun banyak disiarkan di media massa ini membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel hingga tahap DNA.
 
Kandungan antioksida Vivix yang tinggi bantu untuk menormalkan kembalikan keradangan di bahagian telinga dan kepala.

Selain itu, Vivix juga membantu sistem saraf utama kita berfungsi dengan normal kembali iaitu menerima signal dan mesej tanpa sebarang pertindihan.


Sebaik-baiknya, jangan memandang remeh sekiranya anda diserang rasa pening seakan dunia berpusing-pusing ni, atau tanda-tanda lain seperti atas.

Ambil tindakan segera.

Kadang-kadang vertigo ni terjadi disebabkan kehadiran penyakit lain yang anda mungkin tak sedar.

Contohnya serangan vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri sebenarnya adalah satu gejala atau simptom awal untuk terjadinya risiko diserang penyakit stroke.

Ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berkemungkinan pecah kerana tekanan darah yang tinggi.

Bertindak dan rawat sebelum terlambat.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan mengenai supplement Vivix ni, boleh hubungi saya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: