Tuesday, 3 May 2016

Resepi Kuey Teow Th'ng / Sup Yang Sangat Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum w.b.t

Saya ni jarang-jarang share resepi kat blog ni sebenarnya. Maklumlah, masak pun main campak je orang cakap. Takde la masak yang power sangat sebab kakak Aina dengan Irfan makan memilih sikit, jadi mama diorang ni pun asyikla dok ulang masak yang diorang suka jer. Time weekend jer la nak try resepi yang best-best sikit.

So, weekend baru ni, buat julung-julung kalinya saya try masak Kuey Teow Th'ng. Sebelum ni asyik dok beli jer, kadang tu rasa tak puas makan jugak, sebab kuey teow tu sikit sangat. Kuey Teow Th'ng ni beza sikit dengan Kuey Teow Sup, kalau tak salah la. Kalau yang sup tu, ada tumis-tumis dan guna rempah. Yang Kuey Teow Th'ng ni, tak perlu tumis apa-apa, cuma rebus naik semua bahan, kiranya chinese style la. Kuah dia cair jer, orang utara cakap 'ceroi'.

Saaaangatttt senang nak buat, bahan tak banyak dan rasa pun sangat sedap. Anak-anak suka, cik abang pun suka. Bermangkuk-mangkuk tambah.
Saya buat ni pagi, so kira breakfast makan Kuey Teow Th'ng la kitorang :)


Meh jemput baca yer apa bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk buat Kuey Teow Th'ng ni

Resepi Kuey Teow Th'ng Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

4-5 ketul ayam (elok bahagian dada)
2-3 ulas bawang putih
1 biji sengkuang
1 kiub pati ayam
Sedikit halia
Sedikit gula batu
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Rebuskan ayam bersama bawang putih dan halia.
2. Toskan ayam. Ayam ni untuk diracik halus sebagai hiasan makan bersama kuey teow.
3. Masukkan sengkuang yang dipotong besar (potong empat) dan gula batu.
4. Rebuskan hingga mendidih.
5. Masukkan garam dan kiub ayam.
6. Siap.

Bahan Hiasan

1. Ayam yang diracik halus
2. Fish ball, fish cake yang direbus dan dipotong nipis
3. Minyak bawang putih *
4. Bawang goreng
5. Daun sup
6. Chili paste

* Untuk Minyak Bawang Putih

1 labu bawang putih
2 sudu besar minyak masak

- Cincang bawang putih.
- Panaskan minyak.
- Goreng bawang putih hingga hampir garing.
- Pindahkan ke dalam bekas yang sesuai.
- Minyak yang panas tu akan terus masakkan bawag putih tu, so jangan goreng lama di atas api, nanti hangit pulak.


Senang jer kan resepi ni..
Masak untuk breakfast boleh, lunch boleh, dinner pun boleh.
Yang penting anak-anak suka. Siap puji mama pandai masak lagi.
Dan lepas tu bersedialah dengan request anak-anak nak suruh masak lagi, tak pun request nak mama masak bihun sup pulak.

Selamat mencuba :)

No comments: