Friday, 27 May 2016

Sukar Hamil Anak Kedua? Ini Tips Untuk Anda Suami Dan Isteri


“SUDAH puas mencuba, tetapi masih tidak berjaya. Macam-macam kaedah kami cuba, nampaknya belum ada rezeki untuk dapat anak kedua. Anak pertama sudah bersekolah dan asyik bertanya bila boleh dapat adik. Dia teringin hendak ada adik macam kawan lain.”

Sebenarnya banyak pasangan turut menghadapi masalah untuk mendapat anak kedua ni, walaupun mencuba pelbagai cara. Isu kesukaran mendapat anak adalah perkara kompleks dan sensitif. Ada pasangan bercerai berai kerana isu ini. Malah, ada lelaki mengambil kesempatan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Sebelum sebarang keputusan diambil, banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk tabiat dan gaya hidup anda.

Semua orang tahu tahap kesuburan menurun dengan peningkatan usia, terutama bagi wanita. Bagi lelaki pula, mereka masih berpeluang mempunyai anak walaupun berusia 60 tahun kerana sperma dihasilkan sepanjang hayat.

Secara purata, kebanyakan lelaki mengeluarkan kira-kira 120 hingga 600 juta sperma setiap kali ejakulasi. Bagaimanapun, 90 peratus daripadanya tidak mampu berenang memasuki rahim dan hanya satu iaitu sperma yang benar-benar cergas dan sempurna berjaya mensenyawakan telur dalam tiub fallopian.

Telur yang disenyawakan pula mengambil masa kira-kira 96 jam untuk ada di dalam tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Terlalu awal atau lewat sampai ke rahim akan menyebabkan kehamilan tidak berlaku.

Ketika ini, paras semua hormon yang diperlukan untuk mengandung mestilah pada tahap optimum supaya lapisan dinding rahim yang menjadi tempat telur melekat (dan membesar menjadi embrio) boleh terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan optimum ini kadangkala sukar diperoleh dan ini menyebabkan pasangan perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan anak. Pakar sakit puan mengatakan peluang mensenyawakan telur dan mengandung hanya 25 peratus setiap bulan, tidak kira berapa kali hubungan seksual diadakan.


Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita.

Tips Untuk Isteri

Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

1. Mengawal berat badan
Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.

2. Kurangkan pengambilan kafein
Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa kafein.

3. Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus
Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.

4. Bersenam secara tetap dan teratur
Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.

5. Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah
Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.

6. Berhati-hati mengambil ubat
Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.

7. Buat pemeriksaan rahim
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim. Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.

Tips Untuk Suami

Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:

1. Berhenti merokok
Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.

2. Kurangkan minum minuman beralkohol
Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.

3. Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat
Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.

4. Rancang masa untuk bersama isteri
Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif. 

And last but not least, tips penting untuk suami dan isteri, ambil vitamin. 

Tidak ramai yang menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak. Selain itu, banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan badan kita kekurangan zat yang perlu. Kekurangan vitamin ni juga boleh mengganggu tahap kesbuburan seseorang. Kekurangan vitamin C contohnya, boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.

Alhamdulillah..
Baru-baru ni saya telah mendapat berita gembira dari salah seorang customer saya yang telah hamil anka kedua beliau setelah mengamalkan supplements Shaklee.

Di sini saya kongsikan juga pengalaman Puan Nur Illiani Mat Yusof, bagaimana beliau akhirnya hamil anak kedua setelah berusaha lebih 2 tahun...


Bismillah... 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!  

Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa). Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2 tahun lebih jadi bezanya dalam 3 tahun la kan. Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan. Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hampir 2 tahun untuk hamil namun belum berhasil. 

Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mengatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5 jenis, 5 jenis la yani beli. 

Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak. Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun (2013). 

Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14. Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi. Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya. 

Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan. Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani. Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan. 

Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein. 

Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung. 

Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal. 

Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut. 

Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge. 

Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi. 

Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.

Klik sini untuk info lanjut Set Kesuburan Shaklee

Supplement juga salah satu ikhtiar...
Di sini saya petik kata-kata dari salah seorang pakar sakit puan yang terkenal tentang pengambilan supplements dalam usaha untuk mendapatkan anak.



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: