Wednesday, 4 May 2016

4 Tips Untuk Wanita 30-an Kekal Sihat Dan Cantik


Assalamualaikum wbt..

Siapa hantu durian, kita geng :)

Rasanya sekarang ni musim durian kot, hari-hari dok lalu kat wall Facebook gambar pulut durian la, cendol durian la.. memang tergoda sungguh.

Kebetulan, cuti labour day baru ni, akhirnya tercapai juga hasrat nak makan pulut durian. Kakak saya dari Alor Setar, on the way nak balik KL tu, singgah dulu rumah saya hantar pulut durian. Dalam pukul 9.00 pagi macam tu my sister sampai. Fuhhh... breakfast second round dengan pulut durian pulak la jawabnya pagi tu.

Pulut, durian, santan. Cer kira sat berapa kalori. Hihi

My sister siap bawa mangga dengan ikan kering lagi. Aduii, ni geng-geng sedap makan dengan pulut ni. Alhamdulillah. Rezeki-rezeki.

Lepas dah makan tak hingat dunia tu, my sister ajak keluar jalan-jalan pulak sebelum dia balik KL. Musim-musim panas ni, malas nak jalan outdoor, so ajak my sister pergi Quennsbay Mall jer la.

Singgah lunch. 
Tapi anak-anak jer la makan. Mamanya still kenyang makan pulut 2 pinggan

Kalau dulu zaman muda-muda, makan pulut berpinggan-pinggan, durian 2@3 biji sekali harung pun takde hal, maintain jer. 2@3 biji tau, bukan 2@3 ulas. Tapi ni dah umur makin meningkat ni, tak tau la sebab kurang minum air masak ke hari tu, atau makan pulut banyak sangat, punyala sakit kepala berdenyut-denyut. Start jadi bila balik jer dari Quennsbay Mall tu, dari dekat Asar sampai ke malam, so tidur awal la jawabnya malam tu. Mungkin sebab angin kut, yer la makan pulut tak hingat.

Umur dah pertengahan 30an ni, nak tak nak, kenala akui, tubuh badan kita ni akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan. Selalu orang cakap, tengok saya ni nampak macam umur 20an jer. Alhamdulillah, tu luaran jer. Saya selalu akan cakap, mudah-mudahan dalaman saya pun sentiasa sihat dan muda macam luaran. Yang tu lagi penting.

4 Tips Untuk Wanita 30-an Kekal Sihat Dan Cantik

Bila dah masuk umur 30an ni, kita sebenarnya disarankan untuk lebih teliti dalam penjagaan badan, kan nak pakai lama badan ni. Kita kena prihatin bab-bab penjagaan kesihatan, dan of course bila dah sihat dalaman tu, kecantikan luaran pun akan terserlah, insyaAllah.

So, macam mana nak jaga? Apa yang kita sebagai wanita ni nak kena buat?


Jom saya share 4 tips penting untuk kita kekal sihat dan cantik...

1. Amalkan makan sihat dan pengambilan supplements

Apabila metabolisme kita berkurang ini bermakna bahawa kita tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana, kerana ia akan memberi impak kepada badan menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat. 

Ambil kalsium. Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D. 

Betul ke kita minum susu atau makan yogurt tiap-tiap hari? Itu baru cerita keperluan kalsium. Belum lagi cerita keperluan zat-zat lain. Yakinkah kita dengan pemakanan harian kita, mampukah kita mendapat zat-zat yang diperlukan badan. Dengan segala pencemaran yang bukan sahaja kepada persekitaran kita, malah sumber makanan kita yang dicemari bahan kimia, dengan stress harian kita dan sebagainya. Semua ini mempengaruhi keperluan dan kekurangan zat yang diperlukan badan kita.

So, that's why, saya sangat percaya yang supplements adalah satu keperluan bukan lagi pilihan. Saya sendiri mula mengamalkan pengambilan supplements sejak lebih 3 tahun lepas, dan pilihan saya, tentulah supplement semulajadi Shaklee. Jika anda belum lagi, it is never too late too start. Saya dulu berkira-kira juga bab nak beli supplements ni, tapi tidak lagi sekarang. Dah terbuka hati orang cakap. Kita ni sentiasa kena beringat, sihat sebelum sakit. 'Duit banyak buat apa kalau dah sakit terlantar atau terpaksa berulang-alik ke hospital'. Sakit itu sangat mahal. Segala nikmat akan hilang dalam sekelip mata bila kita sakit.


2. Jaga kulit anda 

Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur. 

Dan, sekali lagi, amalkan pengambilan supplements dan pemakanan sihat. Kecantikan luaran pastinya bermula dari dalaman yang cantik dan sihat. Sejak saya amalkan supplements Shaklee tu, memang kulit saya improved a lot. Kalau tak, takkan la orang cilok testimoni saya kononnya buat injection Vitamin C kot. Adehhh... macam-macam cara orang nak lariskan barang. Takdenya la nak inject-inject bagai, kita telan je vitamin, settle. Kulit pun cantik la jugak, boleh la tahan, tak payah nak inject-inject. Hihihi.

3. Lakukan pemeriksaan kesihatan 

Inilah masanya untuk kita melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan kita dengan lebih baik. Apatah lagi mereka yang mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh dijaga atau dikesan dengan lebih awal. 

Saya pun actually baru jer mula menjalani ujian pap smear tahun ni. Boleh baca pengalaman saya dan info lanjut tentang ujian pap smear di sini.


4. Senaman 

Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis. Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu. 

Ok, bab-bab senaman ni, saya mengaku saya kurengg sikit. Tapi buat kerja rumah, ulang-alik ambik hantar anak-anak sekolah, kelas Iqra', bawa anak-anak jalan-jalan pun kira senaman kut :)


Kesihatan yang Allah beri adalah satu nikmat yang sangat tidak ternilai. Oleh itu, kita perlu menghargai dan menjaga kesihatan kita, sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT.

Jom sama-sama kita usaha amalkan tips ni ya. Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah, seorang ibu, isteri, seorang pekerja serta seorang anak. 

Dan jangan lupa ceria2 dan senyum2 selalu ya.

Thanks for reading!

No comments: