"Akak. Takut la nak makan vitamin ni. Takut gemuk."
Ni dah salah konsep ni dik. Ajaran sesat mana pulak ni yang kononnya makan vitamin boleh jadi gemuk. Makan McD or KFC tak takut pulak ye :)
Berat badan naik adalah disebabkan oleh kalori berlebihan. Kalori berlebihan ni bahasa mudahnya, makan banyak la. Kalori berlebihan yang tak digunakan atau dibakar ni, akan bertukar menjadi lemak di dalam badan yang akan menyebabkan berat atau size badan mula bertambah.
Vitamin tidak mengandungi kalori, jadi ia tak akan menyebabkan anda menjadi gemuk. So, jangan risau k. Bila makan vitamin ni, jadi makin slim and cantik lagi ada la.
6 Punca Berat Badan Naik Yang Korang Memang Tak Sangka
Cerita bab gemuk atau berat badan naik ni kan, ada sesetengah orang yang walaupun dah diet bersungguh-sungguh, dengan bersenam lagi, tapi berat badan tetap juga naik. Hah, yang ni kena risau, entah-entah kurang vitamin kut.
Berat badan naik sebab kekurangan vitamin?
Biar betul.
Ok, macam ni. Berat badan ni meningkat bukan hanya kerana makan banyak atau kurang bersenam saja. Bahkan ada juga faktor-faktor pelik yang kadang-kadang tu tidak pernah terlintas di fikiran kita pun.
So, cuba semak checklist ni k... mungkin ini antara penyebab berat badan anda semakin naik. Maklumlah, dah nak dekat raya ni. Misi untuk kurus di pagi raya kan dah sinonim dengan kaum wanita ni :)
1. Sukar ke tandas
Jika anda mempunyai masalah penghadaman, memang berat badan boleh naik. Secara idealnya, anda harus ke tandas selepas satu atau beberapa jam makan. Ke tandas sekali atau dua kali sehari sangat bagus. Itu menunjukkan proses penghadaman berjalan lancar. Tetapi seandainya anda jenis sukar ke tandas, kekurangan air atau kurang pengambilan serat, maknanya sistem penghadaman anda bermasalah. Sebab itulah, berat badan meningkat.
Saya pun actually mempunyai masalah penghadaman ni, sampai kadang-kadang tu jadi sembelit. Nasib baik belum sampai tahap jadi buasir dan berdarah. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah ok. Selain amalkan minum banyak air masak, saya juga amalkan Ostematrix dan Herblax. Dua2 ni memang best sangat. Penghadaman jadi lancar, badan rasa ringan dan perut pun feeling kempis.
2. Kurang vitamin dalam badan
Orang kurus, tak semestinya kurang vitamin. Orang yang gemuk pula, tak semestinya cukup atau terlebihan vitamin.
Kurus atau gemuk tak menunjukkan tahap kesihatan dalaman kita, tapi biasanya gemuk atau berlebihan berat badan ni berkait rapat dengan pelbagai penyakit merbahaya termasuk kekurangan zat tertentu.
Jika badan anda kekurangan nutrien vitamin D, magnesium atau zat besi, akan menggangu kadar metabolisme anda. Bukan sahaja anda menjadi mudah lesu, bahkan kekurangan semua vitamin ini akan menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman anda yang membawa kepada peningkatan berat badan.
3. Semakin berusia
Faktor ini tidak boleh dielakkan. Sewaktu usia mencecah 30 tahun, kadar metabolisme sudah tidak sehebat ketika umur 20 tahun.
Kalau zaman muda-muda dulu, melantak macam naga pun badan maintain jer. Tapi bila dah kahwin, dah beranak, makan sikit pun badan naik macam hape. Masalah yang sangat biasa di kalangan kaum wanita ni.
Kena jaga-jaga sikit la. Senaman yang banyak membantu pada waktu ini. Jaga pemakanan dan elakkan makanan yang tidak sihat. Hanya dua cara ini yang boleh membantu metabolisme kita untuk terus ‘bergerak’.
4. Kemurungan
Kebanyakan ubat anti kemurungan boleh menyebabkan berat badan naik. Menurut Dr. Hedaya, pengasas National Center for Whole Psychiatry di Chevy Chase, MD., mengambil ubat-ubatan ini boleh menyebabkan berat badan naik antara lima ke 15 paun dalam masa setahun. Walaupun anda tidak makan ubat, depresi tetap menyebabkan masalah ini.
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health, menunjukkan bahawa mereka yang sering berasa sedih atau kesunyian akan naik berat badan dengan mudah. Kata Belinda Needham, PhD, pembantu profesor di jabatan sosiologi di UAB, golongan depresi cenderung untuk mengambil makanan tinggi kandungan kalori dan lemak atau mengurangkan aktiviti senaman mereka.
So, jangan stress2 ok. Ceria dan senyum2 lah selalu!
5. Pengambilan ubat
Ada senarai panjang ubat-ubatan yang boleh meningkatkan berat badan. Katakan anda ambil pil perancang keluarga, pil hormon, steroid, ubat untuk penghidap sakit jantung dan masalah tekanan darah, mahupun ubat untuk merawat kanser payudara, anda akan perasan ada perubahan pada bentuk badan anda. Selain itu, ubat migrain pun boleh menyebabkan berat badan anda naik.
Wah, biar betul? Ya, perkara ini betul. Pengambilan ubat-ubat ini boleh memberi kesan kepada selera makan atau tahap metabolisme anda.
6. Sakit tumit
Pernahkah anda terfikir, sakit tumit juga menjadi punca peningkatn berat badan? Selain itu, penyakit osteoarthritis (masalah tulang rawan haus) atau sakit lutut dan pinggul juga mendorong ke arah itu. Menurut Donald Bohay, Md,. dari American Orthopaedic Food & Ankle Society, sakit tumit akan menyebabkan seseorang itu untuk menjadi malas untuk bergerak aktif sekali gus menjadikan berat badan meningkat.
Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment