Assalamualaikum semua
Alhamdulillah, weekend baru ni sempat bawa kakak dengan Irfan mandi-manda kat Lost World Of Tambun, Ipoh. Walapun banyak dugaan juga sebenarnya sebelum nak pergi tu.
Kitorang plan pergi hari Sabtu, tapi malam hari Jumaat tu hujan agak lebat juga kat Penang. So, baru teringat nak check weather kat Ipoh. Kalau hujan macam mana nak jalan-jalan and mandi-manda kat dalam water park tu kan. Ikut weather forecast tu, hari Sabtu, akan hujan sepanjang hari juga kat Ipoh. Bagitau kakak dengan Irfan, masing-masing tak kisah, kalau hujan pun nak mandi dalam hujan. Nak postpone hari Ahad, tak boleh pulak, sebab cik abang ada hal lain. Memandangkan dah janji dengan anak-anak, so mama dengan ayah tawakal jer la.
Pagi Sabtu tu, pukul 8.00 pagi kitorang keluar rumah sebab budget sampai Tambun Lost World pukul 10.00 pagi. Kira ngam-ngam time dia buka terus masuk, tak nak bazir masa. Hujan pun still agak lebat juga kat Pulau Pinang, dari malam sampai ke pagi tu.
Satu lagi ujian Allah nak bagi, bila dah sampai dekat Bukit Mertajam, sekali wiper kereta pula rosak. Allah. Macam mana cik abang nak drive tengah-tengah hujan tu kan. Nak singgah workshop memang takde la yang buka awal-awal pagi macam tu.
Tiba-tiba cik abang teringat Tesco ada kat area situ, lagipun Tesco kan buka awal. So, kitorang singgahla Tesco sekejap, cik abang beli wiper baru untuk ganti yang dah rosak tu. Alhamdulillah, settle satu hal. Time tu dah pukul 9.30 pagi macam tu. Kitorang decide pergi jer la jugak, it's ok walaupun sampai lambat sikit.
Mama, kakak and Irfan menunggu dengan penuh sabar waktu ayah settle hal wiper rosak
Sepanjang jalan tu, non-stop hujan, sekejap hujan lebat, sekejap hujan rintik-rintik. Dalam hati memang tak putus-putus la doa bagi Allah permudahkan bila dah sampai Lost World tu, mudah-mudahan cuaca baik so anak-anak dapat mandi and main puas-puas.
Kitorang sampai Lost World Of Tambun dekat-dekat pukul 11.00 pagi. Hujan rintik-rintik waktu tu, tapi orang tetap ramai juga. Syukur Alhamdulillah, kuasa Allah, bila kitorang masuk jer kat dalam tu, hujan berhenti. Sampai ke petang kami kat situ, tak hujan. Cuaca pun redup jer, tak panas terik tak hujan. Allahuakbar. Syukur sangat-sangat akhirnya Allah permudahkan juga niat kami nak bagi anak-anak seronok :)
Tak bergambar dekat main entrance tak sah la kan.
Nasib baik ada pondok kecik depan ni, bole la bergambo di tengah hujan
Ok, tips penting untuk korang yang nak berjimat...
Beli tiket online tau sebelum pergi. Save sikit. Kitorang beli dekat website Lost World Of Tambun. Dekat Groupun pun kadang-kadang ada offer, yang ni kena alert ok.
Harga tiket if beli walk in macam yang kat dalam gambar ni.
Meh saya compare kat sini k if korang beli online
Harga Tiket Lost World Of Tambun
Adult
Walk in - RM58
Online - RM 49.25
Child (12 years old and below)
Walk in - RM 51
Online - RM 43.30
Children below 90cm
FREE
* Harga belum termasuk 6% GST
Tiket ni cover semua yang ada kat dalam tu:
- Lost World Amusement Park
- Lost World Water Park
- Lost World Tiger Valley
- Lost World Petting Zoo
- Lost World Tin Valley
- Lost World Hot Springs & Spa
- Lost World Lupe’s Adventure
And last but not least, ini hari dan waktu yang korang boleh pergi:
- Weekdays: 11.00am – 6.00pm
- Weekends: 10.00am – 6.00pm
- Note : Park closed every Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
1. Lost World Amusement Park
Masuk jer sini, meronta-ronta rasa jiwa nak naik semua yang ada. Ada 4 mainan yang wajib korang naik, Lupe's Adventure, Storm Rider, Giddy Galleon and Dragon Flight. Yang ni kanak-kanak pun boleh naik, cuma ketinggian kena lebih 90cm. Memang semua la kami naik, siap ada tu yang 2@3 round naik pun ada :)
Yang ni Lupe's Adventure, yang roller coaster tu.
Ni first time kakak dengan irfan naik roller coaster, menjerit-jerit masing-masing. Hihi
Dah penat menjerit and pening naik semua mainan tu, kita rest sambil makan angin pulak la.
Ni tengah que nak naik train, Adventure Express
Seketul jerawat besar naik kat hidung, no hal, itu tandanya masih muda remaja :)
By the way, train ni akan bawa korang menjelajah seluruh kawasan Lost World tu..
2. Lost World Water Park
Next station, tempat yang paling kakak and Irfan tunggu-tunggu, water park. Takde gambar pun kat sini, maklumlah semua dah simpan dalam locker. Malas nak usung handphone, takut kang tak pasal-pasal handphone pun berendam dalam pool. Sambil berendam tu, anytime boleh jer keluar makan ke, pergi tempat-tempat lain kat dalam tu pun boleh.
Kalau nak, boleh sewa tube juga kat sini. Cuma kitorang tak sewa pun. Sebab malas nak jaga, nanti nak pergi mana-mana nak kena usung tube tu pulak sekali.
Food court sebelah tu je. Makanan pun ok, sedap gakla, cuma harga tu biasalah kan. Tempat-tempat macam ni memang harga ala-ala makan dekat KLIA ler. Takpe, bukan selalu pun kan.
Me and cik abang makan nasi kandar, irfan makan nasi ayam, kakak makan mee goreng. Total semua dengan air sekali lebih kurang RM60 macam tu.
3. Lost World Tiger Valley
Yang ni korang kena take note tau. Tiger show akan start pukul 3.00 petang. So, kitorang waktu tengah berendam kat water park, dah dekat-dekat pukul 3 tu, kitorang naik sekejap, jalan pergi Tiger Valley.
Show Schedule untuk korang plan activity kat dalam tu
Nak tau tiger show tu macam mana, korang kena pergi tengok. Confirm tak menyesal sebab sangat best :)
Habis jer tiger show tu, terus kitorang ke water park balik. Sambung berendam sampai puas.
So, basically, tempat-tempat lain tu kitorang tak pergi pun. Cuma lalu jer la bila naik yang train tu. Sebab anak-anak ni memang nak main kat water park jer, takde maknanya mama nak berjalan-jalan sambil ambil gambar. Lupakan jer la hasrat tu..
Overall, memang happening sangat.
Highly recommended. Berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar.
Cik Jatt bagi 5 bintang!
Next time insyaAllah boleh bawa anak-anak pergi lagi...
4 comments:
Sis cmna nk blie tket on9 yaa..??
Sis cmna nk blie tket on9 yaa..??
Homestay berdekatan Lost world of tambun. guest kami boleh dapat harga istimewa tiket lost of the world
https://www.facebook.com/langvalleyhomestayipoh/
www.wasap.my/60165570720
Basah xpe. Ke. G tgk tiger show
Post a Comment