Saturday, 15 June 2013

[Breastfeeding] Punca Susu Badan Semakin Kurang Apabila Bekerja


Kebanyakan ibu yang bekerja seringkali menghadapi masalah susu semakin kurang apabila mula bekerja selepas habis cuti berpantang. Kenapa yer?

Ok, jom saya kongsikan antara sebab-sebab yang memungkinkan terjadinya masalah susu semakin kurang ni, hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya menyusukan anak-anak saya:)
  • Tidak disiplin mengepam - Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting - Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air - Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress - Ramai yang menghadapi masalah ni, tapi tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
 Jom kita baca komen MommyLyna mengenai susunya yang merudum ketika bekerja:

".........saya juga ada mengalami susu merudum.

Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.

Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.

Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga"

Bukan mudah ya mahu berjaya dalam missi penyusuan susu ibu jika kurang motivasi dan ilmu. Tapi jangan risau, seandainya anda mendapati susu badan anda mulai berkurangan, cepat-cepat buat checklist di bawah:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali? 
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti? 
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yang mengambil supplement 3 litersehari) 
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit? 
  • Adakah cukup rehat? 
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA 
  • YA 
  • YA 
  • TIDAK 
  • YA 
Credit

Pengambilan vitamin asasnya adalah untuk membantu tubuh si ibu lebih sustained bertenaga, less stress dan lebih immune. Ketiga-tiga perkara ini penting seiring selalu demi kejayaan dalam penyusuan susu ibu itu. Untuk membanyakkan susu pula, patuhi peraturan pertama iaitu SUPPLY Vs DEMAND. Stimulasi yang secukupnya pada payudara amat crucial, bukan milk booster yang utama.

Nak cuba vitamin asas untuk breastfeeding dari Shaklee, boleh jer nak contact saya.

Klik sini untuk info mengenai Set Breastfeeding Shaklee
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: