Tuesday, 12 July 2011

Anak2 zaman IT

anak2 zaman sekarang ni, sangat bertuah kan. kecik2 dah pandai main laptop, handphone yang touch screen tu, tangkap gambar, macam2 lagila. seingat akula, aku dulu, mula2 sentuh2 komputer pun lepas dah habis SPM. tu pun g cyber cafe. zaman tu, cyber cafe memang bisnes kencang la. full sentiasa. sekarang tak taula, sebab aku rasa zaman sekarang ni, dalam setiap rumah tu, mesti ada at least satu computer. kalau takde memang tak sah.

so memang anak2 sekarang ni dah didedahkan dengan laptop segala ni sejak diorang kecik lagi, oleh sape lagi kalau bukan mak ngan ayah diorang. tak terkecuali jugak anak2 aku. sampai aku pun kadang2 impress bila tengok, aku tunjuk sekali jer, terus dah boleh ingat, tau pulak tu nak tekan yang mana satu.

khusyuk betul Irfan main dengan his favourite lappy

sakit2 pun still with his lappy

dah besar, so level pun dah naik. boleh main yang touch screen pulak

kakak jangan cakapla, memang dah pro dah nih

kadang2 aku terpk gak, kalaula anak2 aku nanti sampai dah masuk sekolah pun asyik ngan computer jer, game la, internet la, camne ek. risaula pulak. ada akak kat opis aku nih, dia cakap anak dia pernah jadi out of control bila guna computer kat rumah. then, dia pun amik tindakan drastic, semua computer dia letak password yang dia jer tau. so, anak2 dia tak boleh berleluasa guna. yer la kan, nanti asyik ngan computer jer, bila masa nak study. aku pun setuju ngan cara akak tu. aku rasa dia berjaya la control anak2 dia sekarang. hmmmm... boleh dipraktikkan ni, in future la:)

12 comments:

MamaEma said...

bagus berikan anak mainan komputer yang ada suara tu... nanti anak cepat belajar.

Cik Syeeda Sobbihi said...

bdk2 skrg celik IT..

CIK JATT said...

mamaema
true. cepat sangat belajar. macam-macam ada

CIK JATT said...

cik syeeda
haah. sikit hari lagi, kalah mama diorang. hehe

Ciklinn said...

amboi2.... pandainyer dier... itulah budak2 skrgkan..cepat jer pandainya... incik umar pun sama.. skrg dah sesuka hati jerk nak on off pc... huhuhu

sifu im said...

zmn aku dulu men guli je pon

CIK JATT said...

ciklinn
adehh. part nak on off pc tu yang tak tahan tuh. ada harapanla pc tu kong sebelum sampai masanya.hehe

CIK JATT said...

sifu im
kan kan. main congkak, teng teng. yang tu pun enjoy. motor skill pun boleh develop.

fiza said...

Bebudak jaman skang memang advance ☺☺

CIK JATT said...

Fiza
Tula.zaman dah berubah. nak didik anak pun dah makin mencabar

...sWeeT uMi... said...

budak2 skrg ni lagi advance...tak mcm zaman kiter dulu2...cabaran nak didik ank tu makin kuat..kan (^_^)

CIK JATT said...

sweet umi
betul2. cara didikan dulu dengan sekarang dah tak sama. banyak kena belajar nih...