Saturday, 27 July 2013

[Tip Kurus Langsing] Tips Kurus Secara Sihat dengan Shaklee


"Kurus untuk Cantik atau Kurus untuk Sihat"

Yang mana satu anda pilih?

Haruslah dua-dua kan. Kalau dah kurus, confirmla cantik kan, kalau tak, takkan la semua orang berlumba-lumba nak kurus. Tapi kalau kurus pun, padahal selalu sakit, badan lembik dan lemah jer, tak guna juga kan.

Jadi, apa kata anda letakkan Kurus untuk Sihat tu sebagai priority anda.
Cantik tu kan dah sah-sah dalam package tu dah....:)

Bila mind set kita, Kurus untuk Sihat, automatically kita akan amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat. Senang jer kawan-kawan, tukar mind set dan sayangi diri kita, badan kita. Kalau kita sendiri tak jaga badan kita ni, siapa lagi nak jaga kan.

Ok, kali ni saya akan berkongsi beberapa tips yang saya petik dari blog Mommylyna, yang saya rasakan amat menarik dan ringkas yang boleh anda amalkan untuk menjayakan misi Kurus untuk Sihat anda.

***********************************************************

Menurunkan berat badan bukanlah boleh dijangka berlaku dengan drastik dan cepat (kalau nak kurus dengan sihat). Tahukah anda mengikut statistik, bahawa kebanyakan mereka yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10%, akan mendapati berat badan mereka bertambah 2/3 daripadanya selepas setahun, dan kembali mendapat berat badan asal (obes) seleas 5 tahun. Kenapa hal ini boleh terjadi? Antaranya kerana tidak konsisten dengan penjagaan kesihatan dan berat badan.

Menukar gaya hidup adalah satu keperluan sekiranya anda nak kurus dengan cepat dan berpanjangan.

Tips Kurus dengan Sihat Bersama Shaklee
  • Jangan abaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah permulaan penting untuk sepanjang hari.
  • Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, terutama makanan ringan.
  • Bakar, rebus, stim makanan adalah lebih baik dari menggoreng.
  • Hiris daging lebih nipis dan buang bahagian lemaknya.
  • Jadikan buah-buahan sebagai snek.
  • Gunakan rempah-ratus semasa memasak dan kurangkan penggunaan sos.
  • Usah jadikan makanan sebagai ‘reward’ sebaliknya jadikanlah aktiviti lain seperti menghadiahkan diri sendiri alatan senaman, pakaian, buku, percutian dan sebagainya selain makanan.
  • Jadikan tabiat setiap hari untuk bersenam selama 60 minit seminggu atau 10,000 langkah jalan kaki sehari.
Menurunkan berat badan, walau produk apa yang anda ambil, harus selari dengan kemahuan diri, dan kerjasama dari diri sendiri dalam menurunkan berat, bukan bergantung kepada supplement semata-mata:
  • Mengamalkan aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan kalori dalam makanan sekurang-kurangnya 500 cal sehari (adakan diari makanan untuk mencatat kalori).
  • Dapatkan sokongan dari rakan-rakan untuk menurunkan berat badan.
Fokuslah kepada kesihatan, bukan kecantikan semata-mata. Kecantikan itu harus berasal dari tubuh yang sihat.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: