Friday, 23 September 2011

Day 2 Jalan-Jalan Langkawi : Berendam di Telaga Air Hangat then shopping di Idaman Suri

sambungan cerita hari kedua di Langkawi, dari entry ni.
wokeh, ni last entry pasal vacation kitorang kali ni. panjang nooo citer:) mesti korang dah muak kan. hehehe

lepas makan2 kat Tanjung Rhu, kitorang takde specific tempat pun nak g. so tengok2 peta, agak2la tempat yang boleh singgah. mula2, ayah aku ajak g tengok Telaga Tujuh. so, kitorang pun singgahla, tapi tengok dari luar jer la, tengok peta. mak aaiiii. bukan main jauh nak menapak naik atas bukit, baru jumpa Telaga Tujuh. masing2 tengok peta pun dah tak sanggup, inikan pulak nak naik, cancel.

then, terpk pulak nak singgah Telaga Air Hangat, just nak tengok apa yang ada. sampai jer kat situ, nampak lengang betul. tak ramai pun orang. tempat tu nampak baru, toilet baru, surau pun baru. baru renovate ni rasanya. actually takde benda sangat, ada banyak kolam air hangat, pastu ada satu kolam tu tempat orang dok rendam kaki. so, kitorang pun tanpa teragak2 join sekaki merendam kaki kat kolam tu. apa kebaikannya, tak tau la pulak aku. takla hangat mana pun air tu, suam2 jer.

jalan menuju ke kolam kecik rendam kaki. sepanjang jalan tu, kiri kanan ada kolam air hangat

keluarga kecik kami bergambar sebelum berendam

cik abang test dulu tahap kehangatan air

lumut2 kat dalam tu yang membuatkan Qistina mula2 geli nak rendam kaki 

Qistina berjaya mengatasi kegelian dengan merendam sebelah kaki

finally, kedua2 belah kaki berjaya direndam

Irfan pun mengikut jejak langkah kakaknya. korang, perasan tak kasut pink sebelah aku tu. cute giler kasut tu. aku beli kat Oriental Village, tempat Cable Car tu

dah habis berendam, kitorang pun gerak la menuju arah yang ditunjuk peta, sebab tak tau nak g mana pun. hehe. tiba2, terlalu kat Makam Mahsuri, so kitorang singgahla sat. tengok dari luar, macam muzium. aku bab2 muzium ni yang malas sikit nih. jadinya, kitorang tak masuk pun. beli minyak gamat jer. murah giler wehhh. 15 botol baru RM 8. kalau kat luar Langkawi, sebotol pun dah RM 2. so, if nak beli minyak gamat, memang area Makam Mahsuri tu la yang paling murah aku rasa.

sedara yang jual minyak gamat tu cakap ada Taman Ular area situ, kut2 la bawa anak2. kitorang ada gakla try2 tengok kat mana, tapi masa pun dah tak mengizinkan, maklumla, shopping time kena lebih sikit:)

terus jer la kitorang g Idaman Suri. hahhhh, sesapa yang kaki shopping pinggan mangkuk, barang dapo semua tu, tempat ni la yang paling murah. coklat ngan souviner pun berlambak kat situ, murah lak tu. banyak lagila barang2 lain. mak aku borong barang dapo, aku ngan kakak aku pulak, coklat lerrr:)

ada lagi satu tempat yang murah, Haji Ismail Group. tapi yang tu kitorang tak singgah pun.

ni la Idaman Suri. bangunan kuning tepi jalan

lepas shopping, singgah jala-jalan kat Dataran Helang sat. tak g dekat pun, sebab dah nak g masuk jeti, tiket feri pukul 7.00 petang

main2 la sekejap. at least adala jugak gambar ngan burung helang besar tu

tengok laut dulu. dah nak balik dah nih. tapi masaing2 dok syiokkk main lagi

posing dulu dalam keta sebelum balik.
BYE BYE Langkawi!

lebih kurang pukul 9.00 malam, sampaila kitorang kat Jeti Kuala Kedah. tempat parking kena bayar RM 15. ok sangatla tu kan. balik tu masing2 pun dah kaputt. singgah beli nasik bungkus dulu sebab memang lapar tahap naga, then makan kat rumah.

Alhamdulillah. bestnya jalan2 makan angin ngan family macam ni. lain kali pergi Langkawi, harap2 dapatla naik Cable Car:)

15 comments:

rara pinkmafia said...

beshnya main rendam2 kaki.

PinKy MoMMa said...

ari tu masa pegi kat air hangat..tak de orang pun dear huhu..kami jer ;p

idaman suri tu jalan jalan jer..tapi lom sampai seru nak membeli pggan mangkuk..tengok org org beli banyak banyak kt situ..wahhh kagumnyer..kami borong ciklat je huhuhu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

idaman suri wajib terjah
wallet kempit biler masuk citu khen

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Rindunye nk p semua tmpt2 ni...
Betul tu..klu p Langkawi..x sah klu x p Idaman suri tu.. ^_^

mamaNoriz said...

lebih kurang je harga idaman suri dgn ismail group cuma ada yg situ murah ada yg sana mahal sket...

tpi sya ari tu beli sama rata sbb nk tlong bisness org melayu...hehe

rugi lak tak naik cable car tu sbb pemandangan sgt2 cantik...

tpi next time pegi jatt kena call dulu takut dia on servis...

meaw said...

syok gila kan langkawi.... :)

hanabunga said...

oh kat air hangat memang baru renovate.hana pergi dalam 3 tahun lepas tengah renovate.time akak pergi baru siaplah kot.waah bestnya shopping kat idaman suri.murah murah kan :)

teha said...

best nyee.. dh lme xg lagkawi..

~ yus ~ said...

wah! Holiday di Langkawi rupanya.

Akak sekali je pernah sampai sana, tu pun masa baru2 kahwin lebih 10 tahun yang lepas...huhu

Hana Soffelia said...

Seriuosly Cik Jatt, bila tgk muka u mcm remaja yg xkahwin lg. Tak sangka dah ada 2 anak. Awet muda gtu. ^_^

Tak pernh pi Langkawi lg, beznya kalo dpt jln2 kt sana. ^_^

asfira aminuddin said...

sangat sangat interesting. i brape kali pegi langkawi pun tp tak penah singgah pun telaga tu.

Cik Suheela said...

cik jatt dan kaler pink sesuaiiii gitu ;)

msredcheesecake said...

Org kata telaga air panas elok untuk kesihatan....

Mizz ErMa said...

bestnya..cik jatt xbelikan coklat ke untuk rakan blogger? hehe

Mama Gee said...

tak sampai lg kat telaga air panas ni..len kali pergi kena singgah :)