Wednesday, 21 September 2011

Day 1 Jalan-jalan Langkawi : Mandi-manda di Pantai Cenang, Langkawi

bersambung dari entry ni, still citer hari pertama di Langkawi

lepas check in kat hotel, masing2 semua pengsan kesan pening2 dilambung ombak dalam feri. Qistina ngan Irfan jer yang still aktif berlompat sakan kat dalam bilik.

lebih kurang pukul 4 macam tu, baru kami kuar g Pantai Cenang. dengan berpakaian yang sesuai untuk bermandi-manda, kami segerombolan pun kuar berjalan ke Pantai Cenang. cuaca sangat redup hari tu, sangat best okeyy. sepanjang jalan menuju ke pantai tu, banyak giler kedai makan, kedai jual cenderahati, macam2 ada.

cik abang and Qistina on the way nak g Pantai Cenang

mak tok and Irfan. Irfan isi minyak dulu.
pakai baju lusuhan jer. aku lupa nak beli baju swimming kat Irfan

sampai jer kat pantai, memang happening sangat. ramai betul orang. kedai makan pun berlambak. ada orang offer Island Hopping, teringin giler aku nak join tapi aku sorang ja yang tergedik2 nak naik kut, orang lain tak mau. takpela, next time ada lagi. tunggu anak2 besar sikit, baru senang nak join apa2 aktiviti.

so, bermula la aktiviti bermandi-manda. syok giler. dah bertahun aku tak mandi pantai. Qistina yang paling enjoy aku tengok. Irfan lak tak nak mandi. pijak pasir pun tak nak. dia macam geli nak pijak. hehehe

gambar mandi-manda terpaksa ditapis yer, banyak yang tak dapat disiarkan kat sini. agak seksi gitu. awww

wah wah wah. anak dara kecik ni dah excited dah ni

test air dulu. sejukkkkkkk

best, syiokkk tahap maksimum. tapi aku takleh g tempat dalam, nanti Qistina nak ikut

time ni dalam otak aku tengah dok ligat pk pantai mana pulak nak g lepas ni. tak puas wehhhh

aktiviti bermain pasir membuat rumah untuk siput2 kecik bersama si ayah

mama enterframe:)

akhirnya, hilang jugak kegelian Irfan. nak gak dia duduk atas pasir tu. tapi jauhhhh sangat dari pantai:)

posing dulula sebelum balik, walaupun dalam hati meronta2 tak mau balik...(again, aku jer)

balik jer hotel, rehat2 jap. malam lepas Maghrib, kitorang kuar lak g makan. tapi tak semua yang makan. geng lelaki jer yang makan, yang gegirl just minum2 jer, sebab dah kenyang dengan nasik lemak mak aku yang sampai ke petang dok melantak lagi. mak aku siap bawak ketupat ngan nasi impit lagi:)

malam tu memang happening sangat. ramai betul orang. jalan area Pantai Cenang tu diorang tutup, sebab ada perarakan sempena Hari Merdeka and Hari Malaysia. siap ada concert lagi, tapi tak sure lak artis mana yang datang. kitorang pun tak lama kat situ. Qistina and Irfan dah tertido kat dalam kedai makan. punyala letih:)

berakhirla hari pertama kami kat Langkawi. next entry, citer hari kedua pulak k!

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

sweet family

:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nak mandi lauttttttttttttttttttttt

LYAfrina said...

comelnyer qistina pkai bju renang:-)

cik fadh said...

pantai cenang hidup waktu malam kan ;) sonok kursus kt sane dlu..

thanx being my follower, i will follow u back sis ;)

Reensyarinie said...

bestnya...lama xmandi laut

kathy said...

x penah lagi pi cna T_T

Hanis MY said...

i like pantai...gambar last tu romantika d amor la hehe... dah lama teringin nk g langkawi...

folo sini juga... arigatou ne!

msredcheesecake said...

Nak gi pantai... Bestnya....

Anonymous said...

ha..elok sngt la akk ckp akk dh g langkawi..sy nk tnya org yg dh g langkawi ni..sbb dak2 sy lps abis exam,diorang nk wt lawatan ke langkawi

e.l.i.z.@ said...

sonotnyaaa..dh lama x mandi laut nih