Monday, 12 September 2011

Tip Kecantikan : Tips untuk kelihatan muda ataupun awet muda

sebagai orang pompuan ni, kita kenala ambik port sikit bab-bab penjagaan kecantikan dan kesihatan nih.
lagila bila dah kawen beranak-pinak ni kan. untuk diri sendiri gak, tapi kalau yang dah ada suami tu, mestila untuk cik abang kan:)

aku nih memang sejak azali lagi suka cantik2. bukan aku kata aku cantik ok, maksudnya aku suka pakai cantik-cantik, kalau part muka tu, bab2 jerawat dengan kulit kusam tu memang aku fobia.

nak kata aku nih amalkan banyak petua tu takla sangat. just yang biasa2 saja, yang aku rasa semua orang tau dan amalkan. tapi apa salahnya kita share kat sini kan kan. biar sama2 semua awet muda:)

1) air sembahyang. tak perlula aku explain kat sini kan, semua orang dah tau:)

2) bila tiap kali basuh muka tu, especially time tengah cuci muka, selawat 3 kali

3) aku nih jarang sangat minum ais. sebulan adala 2 or 3 kali. tu pun bila makan kat luar. kopi, teh, soft drink semua tu memang aku tak minum. minuman manis ni memang aku tak suka sangat pun, MILO jer la yang aku minum

4) time makan, aku memang tak minum. aku akan tunggu lebih kurang setengah jam ataupun lebih, baru minum air masak

5) time dalam pantang lepas bersalin tu, aku memang pantang betul2. aku still ikut petua orang2 dulu, sebab aku rasa semua tu ada betulnya. kalau tak takkan la mak tok aku yang dah 80 aku rasa, boleh kuat buat kerja lagi kan. aku tengok orang sekarang dah tak ikut sangat pantang2 tu, pantang cara moden la kira. tu depends on masing2 la kan.
entry lain la pulak aku citer pasal bab2 pantang nih:)

6) lastly, senyum dan ceria selalu:)

tu jer la yang aku terpk sekarang. nanti aku citer pulak produk apa yang aku guna dan makan ok:)

gambar sekadar hiasan:)
nak tunjuk shawl yang aku pakai semalam. shawl macam kek lapis. ceria kan. 5 ringgit jer aku beli

16 comments:

Three Musketeers said...

Sukernyer kiter dengan entry nie...:) Tapi, kiter paling setuju about berpantang secara tradisional tue...:) Now, dah tak ramai dah yang pantang secara tradisional kan?

PinKy MoMMa said...

cik jatt memang ayu dan manis sokmo hehe :)
selawat tu memang penting..

amiey lee said...

betul senyum adalah ubat awet muda hee....

...sWeeT uMi... said...

btul tu senyum leh awet muda...sokong sgt ngan cik jatt hehehe

SYANI said...

Orang sekarang bila berpantang pun endah tak endah je..Tu la bila umur masuk 40-an banyak yang dah sakit sana sini. Akak pun still ikut pantang orang tua2. Jamu memang tak tinggal.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

cara pantang org muda la ni jrng ikut petua org tua2...seriyess kat nihon ai tgk ramai kuar jejln mkn ski etc even pantang x smpi sbln...ai takut giler tgk...sebab benda ni effect masa tua nanti

hajar said...

salam kenal

aah la org sekarang ni jarang dah nak ikut petua dulu2..bnyak pantang nak di ikutnyer....

tapi tuk kebaikan hari masa akan datang

Aleyn said...

Betul2...nama pun pompuan kan....mestilah kena jaga ketrampilan...biar sejuk suami kita tengok kan...

Nice info

mizzkechique said...

eh sama la, jrg sgt minum ais.. pttla MK nmpk muda.. haha

Cik Eka said...

comelnyer akak..hehehehe

yangg penting hati kena ikhlas..baru lah sentiasa awet muda dan ceria...kan kak..

cantik dari dalam...

LYAfrina said...

muka cik jatt nimmg kiut sgt2...geram tgk...

part no 3 n no 4 tu xthn...

ari2 nk air batu... he3

Cik Suheela said...

ok, terbongkar dah rahsia cik jatt heee...perlu amalkan ni..kita ni, tak kawin lagi dah suka mkn ais aje2 hukhuk cemana la ni...

e.l.i.z.@ said...

yg pas mkn x minum air terus tu tepat skali ;)

noorcahaya said...

great tips :) lepas ni bole la cube

Mama Gee said...

gilerr murah shawl tu...

Cik Rose Cute said...

Cik rose pun tak minum ais...tak tahu kenapa...mungkin waktu kecik dulu..kat umah mak kat kampung tak ada peti..minum air masak jer hihihi sebab tu kot sampai sekarang memang tak minum ais dah jadik kebiasaan...hihihihi