Monday, 5 September 2011

Day 1 Raya: Warna baju raya dah sedondon, tapi...

liat betul nak datang keja hari ni. mana taknya, cuti beraya sakan sampai seminggu. punyala beraya sakan, sampai blog pun sepi jer.

amacam first day raya korang. aku macam tak meriah sikitla. no no no, bukan sebab aku raya kat rumah mertua, tapi sebab aku sendiri yang takde mood. cik 'p' datang pulak, first day lak tu. adehhh, aku kalau cik 'p' datang, habis lenguh satu badan, sakit kepala, sakit perut, macam nak pengsan. camna nak raya macam tu. aisehhh, nasibla.

sebelum raya, dah siap berangan dah aku nak cun2 amik gamba ngan anak2 n cik abang. tapi, disebabkan cik 'p', terus hilang mood aku. serabut sungguh aku rasa diriku, satu hapa mekap pun tak pakai. just calit lipstick sikit jer. ye la, kang mak mertua aku kata menantu dia selebet lak.

Qis and Irfan lak, bukan main seronok lagi malam raya tu, sampai tido punyala lewat. so, pagi raya masing2 meragam sebab tak cukup tido. pukul 11.00 pagi tu, dua2 terus lena sampai ke petang. bangun tido tu barula ceria si kecik dua orang tu:)

gambo pun tak banyak, muka aku nampak sangat tak ceria dalam semua gambar:(

ada gakla gambo kami anak beranak. sedondon ker, tak sangat la kut. tapi bolela..

main ps2 pulak dah. time ni si kecik dua orang actually dah mengantuk nak tido

bergambaran dengan MIL and adik2 iparku yang gegirl, sementara anak2 tengah tido

ehem ehem. dah lama tak bergambo berdua cenggini ngan cik abang

posing lagi:) muka ku sangat tak ceria. senyum pun nampak macam nak nangis

Qistina and Irfan baru bangun tido. ready nak balik kampung tok lagi satu pulak:)

last pose bersama parents in law ngan adik2 iparku sebelum balik kampung mak aku lak

Note : tapi apa pun, aku tetap bersyukur dapat berkumpul dan beraya dengan family semua:)

20 comments:

LYAfrina said...

WAAA... PINK KALERRRR..
LAST YEAR, FAMILY LYA DAH PILIH TEMA PINK..

WALAUPON MUKA CIK JATT X MAKEU, TP MAINTAIN CUN & KIUT G2,, XDE PUCAT2 PON...

XPRESS N3 RAYA..LYA XSMPAT NK RESIZE LG PIC2 RAYA TU..SIZE BESO SGT...

**HUHUHU...KPALA LYA PON WENG2,,, MALASNYA NK MULAKAN KEJE..UHUUU. KELMARIN SIAP TPONTENG KEJE GARA2 TBANGUN LWT..HI3

mama tisya said...

org dh cantik tk makeup pn dh lawa...okla tu sedondon gk..apa2pn slamat hari raya

@e_da said...

tahun ni ramai purple red n pink nampaknya

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

lawanyer baju raya uols...jelez sebab ai x der pow baju raya uwaaaaa

sifu im said...

oh pinky..hahaha..kitanya smua kuning..kerabat raja katekn

Aleyn said...

Sedondon per.....cute jer..

POSH76 said...

santek sedondon...selamat hari raya

IZNIE MEI said...

cantek cantek. sama lah kita raye 1st mengerang sakit cik P dtg. hihi :D

ainnoraini said...

cantikkan bile pakai sedondon mcm tu...

tapi tahun ni tak ade sedondon la pulak...masing2 nak pilih kaler sendiri..ambik jer laa..

selamat hari raya..

CIK JATT said...

mamatisya. selamat hari raya to u too. tak cantik mana pun, fotogedik je lebeh:)

CIK JATT said...

lya. tak pucat sebab dah diselamatkan oleh lipstick:)
cepatla upload gambar raya, tak sabar nak tengok dah nih

CIK JATT said...

ye ker eda, colour of the year:)

CIK JATT said...

berhempas pulas ni carik ayu, sampai saat2 terakhir.
raya di perantauan bisala tu ayu, next year raya sakan eh:)

CIK JATT said...

sifu im
ampun tuanku. duit raya takde ke tuanku..

CIK JATT said...

aleyn. toche toche:)

CIK JATT said...

tenkiu posh:)

CIK JATT said...

mei, tula kan. dah nasib badan. huhu

CIK JATT said...

kak ain. tahun ni la yang paling sedondon:)
dah pandai memilih tu, masing2 nak ikut taste sendiri la kan

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Meriahnye..Nice kaler..
Wlupun x makeup tp ttp cun & lawa.. ;)

mamaNoriz said...

selamat hari raya
maaf zahir batin..

betul tu,
yg penting kita dpt beraya aman tenteram dgn family kan..