Tuesday 20 September 2011

Day 1 Jalan-jalan Langkawi : Dari Kuala Kedah ke Langkawi, check in di Landcons Hotel

bersambung dari entry preview ni, entry kali ni citer pasal hari pertama kat Langkawi.

seawal 6 pagi lagi, masing2 semua dah bangun termasukla si kecik Qistina and Irfan, sebab nak kena bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi. tiket feri, mak aku dah book pukul 8.00 pagi. actullay boleh book je dulu sebab mak aku beli awal. if nak dapat terus tiket, kena beli sehari sebelum. so sebab book, kitorang kena sampai setengah jam awal, kalau lambat, automatically tiket tu akan burn, diorang akan jual kat orang lain. biasala, hari cuti kan, high demand. just for information korang, harga tiket one way RM 23 for adult and RM 17 for childen 3-11 years.

cik abang yang gagah menggalas beg menuju ke Jeti Kuala Kedah, tenkiu tenkiu:)

segerombolan kami menuju ke feri. teruja giler time nih!

atas feri, diorang tayang movie I am Number Four, layannnnn. sejuk giler atas feri nih, sapa yang tak tahan sila pakai baju yang tebal. nak bawa jaket boleh gak, tapi leceh la kan nak mengusung. sapa yang mabuk laut tu, silala get ready makan ubat tahan loya ok. macam kakak, mak ngan ayah aku. awal2 lagi dah telan sorang sebijik.

Irfan and Qistina bukan main suka panjat2, jalan2 dalam feri tu. tapi lepas tu dua2 tertido, sebab bangun awal kan

aku pulak gila posing. hehe

lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tu, sampaila kitorang kat Langkawi. kira lebih kurang 2 jam gakla dok berpening lalat dalam feri tu.

Alhamdulillah. selamat sampai ke Langkawi. jom carik kereta sewa pulak

time ni kakak aku g amik kereta yang dia dah book tu. masing2 menunggu dengan penuh kesabaran dan berdebar2 untuk menyaksikan keadaan kereta

kitorang sewa kereta Nissan Serena, RM 300 untuk 2 hari 1 malam. tapi kereta teruk sikit la. bolela, janji boleh gerak, ada air cond.

bila dah settle semua, beli tiket feri untuk balik pun settle, kitorang singgah kat taman sebelah Jeti tu, makan2. mak aku masak nasi lemak bawa bekal. best giler beb. dahla hujan time tu, bertambah selera la masing2. cun2 lepas habis makan, hujan pun dah nak stop. so, kitorang pun gerak g hotel.

lebih kurang pukul 1.30 petang, kitorang pun sampai kat Hotel Landscon. kitorang book 2 Standard Rooms and 1 Superior Room, just for RM 300!! mula2 tu risau gak, takut bilik macam @#$#^%, sebab murah giler kan. tapi Alhamdulillah bilik sangat selesa, bersih dan luas. memang puas hati. dahla tempat pun strategik, betul2 depan Underwaterworld Langkawi, tempat makan pun banyak area situ. 5 minit jer jalan g Pantai Cenang. wokeh, next entry kita citer pasal Pantai Cenang pulak k!

ni gambar on 2nd day
sebelah tu kereta yang kitorang sewa. belakang tu hotel yang kitorang stay

13 comments:

LYAfrina said...

wow.. bestnyer bcuti di langkawi.. msti lps ni ada byk pic bjimpa di langkawi kan...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cik jatt kurus la....tgk tangan pow dah tahu ai jelezzzz...ingatkam uols jer gi sana rupanyer ngan family ek...bestkan trip reramai gini meriah gitew....

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Bestnye pergi ramai2 mcm ni..meriah..

PinKy MoMMa said...

tau hotel ni :)
murahnyer yang...ari tu gi langkawi duduk kat area kuah nanti leh try area cenang pulak hehehe...

msti borong ciklat banyak ni kan..sronok!

emarieys said...

murahnya harga bilik tu...

Unknown said...

argggh.. buat org rindu balik kat lgkawi...huhu

pegi sana byk kali pun takpe sbb rasa best la...mcm2 ada..

CIK JATT said...

coming soon lya! tungguuu...

CIK JATT said...

tangan i memang tak tau apasal langsung takde isi. nampak sekeding. tapi takla sangat pun. pipi tembam gak.
kitorang g ramai2. best giler

CIK JATT said...

haah lily. meriah betul. best best

CIK JATT said...

pinky momma. highly recommended stay area pantai cenang. happening
coklat, harussss borong sakan

CIK JATT said...

haah mamaema. save budget. boleh borong sakan benda2 lain

CIK JATT said...

mamanoriz. apa lagi, plan la next trip:)

azila said...

salam perkenalan,
cik jatt nak num tepon untuk kete sewa tu blh x? tq yea..insyaAllah kami nak g langkawi oktober ni..