Thursday, 28 March 2013

[Tip Kurus Langsing] 10 Cara Mudah Membakar Kalori Tanpa Perlu Bersenam


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Excited tak baca tajuk kali ni. Saya memang excited nak kongsi dah ni. Tips yang amat menarik saya rasa, sebab saya yakin dengan kesuntukan masa dan tuntutan kerjaya, ramai antara kita yang memang susah nak melakukan senaman, termasukla saya sendiri (KANTOI).

Tips Mudah Turunkan Berat Badan

Ingat lagi tak entry saya yang lepas mengenai tips mudah untuk turunkan berat badan? Meh saya summarize sikit kat sini:

1) Kawal pemakanan dan pengambilan kalori harian
Lelaki:   2500 kalori 
Wanita: 1600-2000 kalori

2) Minum air masak 2-3 liter sehari

3) Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Tak sempat, tak kuasa nak buat hari-hari, okla, cuba buat 15 minit 2 atau 3 kali seminggu. Tapi saya rasa ramai yang jarang sangat bersenam, sebulan sekali pun susah. Jadi macam mana nak bakar kalori cara mudah tanpa perlu bersenam, jom ikuti tips di bawah ini ok:

10 Cara Mudah Bakar Kalori
  • Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  • Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  • Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  • Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  • Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
Sexercise : 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih
  • Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  • Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  • Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  • Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  • Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
Mudah saja nak amalkan tips ni kan. Jom cuba semua tips ni sekarang ok....

Credit

Tapi kalau dah tak bersenam tu, jangan la pula expect berat badan turun dengan cepat yer, kenala ada penggantinya, kalau tak macam mana lemak semua tu nak dibakar kan:)

Rahsianya mudah sahaja, nak kurus, kurangkan pengambilan kalori, bakar kalori yang diambil dan jaga otot. Kalau makan dah jaga, senaman dah buat, kalau tak senaman pun, buat aktiviti ringkas di atas, tambah lagi dengan pengambilan Set Kurus Shaklee untuk membantu anda, saya rasa tiada alasan untuk anda tidak berjaya kurus. Semoga Berjaya!

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI SET KURUS SHAKLEE

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

1 comment:

Admin said...

Tak mustahil boleh kurus tanpa bersenam. Tapi kena makan cara yang betul. Ramai orang ingat cara diorg makan betul padahal tak, sebab tu makin hari berat makin naik. Boleh try baca cara makan kat Sado Street. Tiru bulat2