Tuesday, 30 January 2018

Kelas Berenang Kanak-kanak Di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang


Assalamualaikum semua

Apa khabar. Semoga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Tadi waktu on the way ambil kakak Aina balik dari school, macam biasa, saya memang akan selalu tanya tentang benda menarik kat school, kawan-kawan.. Tadi kakak Aina ada cerita yang kawannya siang pergi KAFA, malam pulak pergi kelas mengaji dan tuisyen. Hmm.. nasib baik kakak Aina tak cakap teringin nak pergi tuisyen, sebab mamanya ni belum ada plan nak hantar kelas tuisyen. Rasa macam tak perlu lagi kut buat masa ni.

Mamanya ni lebih pentingkan kelas-kelas yang ajar kemahiran gitu. Dah lama teringin nak hantar kelas-kelas macam tu, tapi dulu rasa macam restricted sikit sebab penakut giler nak drive walaupun ada lesen. Sekarang ni dah ada confident and dah naik syok drive, so membuak-buak la perasaan nak hantar anak-anak ke kelas yang best-best.

Nak-nak pulak dah pindah kat tempat baru ni, rasa macam lapang sikit kat sini. Jalan pun tak sibuk and sempit macam kat pulau dulu.

Dalam kepala ni dok plan nak hantar kakak Aina kelas art sebab, satu mamanya ni memang fail bab art ni. Yang kedua, kakak Aina minat sangat art membuatkan mamanya yang tak creatif ni pening bila kakak Aina minta ajar buat itu la, buat ini la. Cuma masalahnya, tak jumpa lagi kelas yang macam ni kat sini.

Irfan pula memang dah ambil kelas Taekwondo, dah sampai blue belt, so kat tempat baru ni nanti sambung je. Hero ni macam-macam nak belajar, lepas Taekwondo ni nak belajar silat pula katanya. Pastu dok suruh mama cari kelas belajar main gitar. Alkisahnya, birthday irfan last year, ayah belikan hadiah gitar. Tapi ayahnya pun dah out skill main gitar, akibatnya irfan dok main petik sesedap rasa je la gitar tu. Nanti la yer irfan, mama tak jumpa lagi kelas belajar gitar area sini.

Panjang betul intro.. sebenarnya nak cerita tentang kelas berenang ni. Purposely saya tulis entry ni, supaya dapat membantu mak-mak yang tengah mencari kelas berenang area Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Sebab hari tu, memang saya dok Google juga tentang ni, tapi tak jumpa, nasib baik terjumpa kat Facebook.

Kelas berenang ni, sebenarnya dah lama juga teringin nak hantar kakak Aina dan Irfan. Dulu tak hantar-hantar adalah atas sebab-sebab tertentu yang agak sensitif sikit kalau nak dinyatakan kat sini :)

Tapi memandangkan sekarang ni dah pindah kat tempat baru, sebab-sebab tu dah takde kat sini. So, dengan excitednya mama ni mencari kelas berenang untuk kanak-kanak yang terdekat dengan rumah. Alhamdulillah, ada. Terus je register and last Sunday dah start first class.

Kelas berenang ni dekat Penang Golf Resort. 
Dekat je dengan rumah, dalam 15 minit macam tu sampai la

 Boleh tahan besar la juga kolam kat Penang Golf Resort ni

 Entrance fees nak masuk berenang pun boleh tahan. Hihi

 Nanti dah terer tu bolela ajar mama pulak :)

 Coach suruh mandi sikit dulu sebelum terjun

 Sekali je coach suruh buat, terus buat. 
Kalau time ayah ajar sebelum ni, syok main air je. 
Tapi bila nak practice swimming, bukan main macam-macam alasan lagi bila nak buat

 First class, belajar teknik bubble.
Teknik ni untuk bernafas dalam air dengan cara yang betul

 Alhamdulillah. Dah habis first class.
Free time. Apa lagi, terus main slide lerr..

Untuk yang nak dapatkan info lanjut tentang kelas berenang kanak-kanak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ni, boleh contact terus admin Facebook page ni.


Coach ni semua certified. Diorang ada conduct swimming class kat Sungai Petani juga. Kalau kat Sungai Petani, hari-hari ada class kalau tak silap.

Tapi kat Penang Golf Resort Bertam ni, seminggu sekali hari Ahad je, pukul 9-10 pagi.

So..
Hopefully entry ni membantu sape yang tengah mencari ya.

Oo.. by the way, sesiapa yang tahu kelas-kelas menarik yang ada untuk kanak-kanak area Bertam Kepala Batas ni, bolelah share k.

Thanks for reading :)

3 comments:

Cerita bonda said...

Tq atas perkongsian. Boleh puan share fees nya mcm mana?

Unknown said...

salam cik jatt... pool operation hour what time ye?

Unknown said...

aslkm,tq ats perkongsian puan,puan boleh sy tahu fees dia mcm man..dan kelas taekwondo area kepala batas di mana ya...