Tuesday, 24 February 2015

Jalan-jalan Makan Angin Di Kelantan


Salam semua :)

Baru nak update kisah jalan-jalan makan angin ke Kelantan cuti Chinese New Year baru ni. Fuhhh, penat sungguh travel ke Kelantan kali ni, more than 10 hours dalam kereta! Jam betul kat Kelantan, ramai orang Kelantan balik kampung agaknya.

Actually it was unplanned trip. My sister nak balik Kelantan rumah in laws dia, nak melawat kakak iparnya yang tengah sakit, tengah buat kemo sekarang. So, my mom pun cakap nak ikut melawat sama. Apa lagi, kakak and Irfan pun beriya la nak ikut mak tok pergi Kelantan. Since my husband ada hal tak boleh ikut, so saya je la ngikut bawa anak-anak sekali.

Maklumlah, sekarang kan dah jadi working at home mother, so tak payah susah-susah nak pk nak mintak cuti extra ke apa. Mobile business. Travel sampai ke Kelantan pun, order tetap masuk. Sambil travel, sambil business jalan. Alhamdulillah.

Sepanjang berjalan di Kelantan, dapat jugakla tengok kesan-kesan yang kena banjir hari tu. Sayu hati rasa, semoga Allah permodahkan segala urusan dan tabahkan hati seluruh rakyat Kelantan especially yang kena teruk banjir hari tu.

Kitorang pun tak berjalan ke mana sangat, melawat rumah mertua my sister kat Bachok, lepas tu, ada la jalan-jalan, beli-beli barang sikit kat Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Pantai Bachok...
Penat juga dalam kereta lama-lama ni, asal keluar je, jam.. Masa pun tak berapa nak cukup.
Takpelah, yang penting, anak-anak happy, mama pun happy dah. Kakak and Irfan pantang berjalan jer, seronok sangat diorang :)

Excited nak berjalan jauh ni

Alhamdulillah. Dah sampai Kelantan. Singgah je mana-mana kedai makan, sebab masing-masing perut dah berkeroncong
Kakak macam biasa, order air favourite, air kosong. 
Like mama, like daughter :)

With my little hero yang sangat cheeky

With my mom..
Awet muda tak my mom, tahun ni dah 60 tahun tau. 
Pengamal tegar Shaklee jugak, macam anaknya 
So, sape yang nak mantain energetic, kulit cantik and awet muda tu, rajin-rajin la telan vitamin Shaklee noooo :)

Irfan mengidam nak mandi pantai sebenarnya
Tapi keadaan pantai ni tak berapa nak mengizinkan
So, main pasir je la ye nak

Last day sudah.
Bye bye Kelantan. Senyum lebar kakak dapat ikut maklong makan angin.
Mama, muka pucat macam tak cukup tido.. mulut itik.. errkkk. abaikan 

Gambo penuh gambar selfie sebab malas nak suruh orang lain tolong tangkap :)

2 comments:

fatin said...

wow! ur mom doesn't look like 60..

Hamba allah said...

tumpng iklan...kami mempunyai homestay untuk disewakan..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat

hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691
- 011 21927388