actually ni cerita pagi raya cina bulan dua hari tu. kitorang bawa anak2 g jalan2 kat Zoo Taiping. ni first time kitorang g situ. last g zoo tahun 2009, bawa Qistina g Zoo Negara. Irfan time tu dalam perut aku lagi. compare ngan Zoo Negara, aku lagi suka Zoo Taiping, sebab kawasan dia kecik sikit. takdela nak kena menapak jauh sangat.
binatang2 kat situ pun dekat antara satu sama lain, kira lepas tengok satu binatang, jalan sikit terus jumpa binatang lain pulak. so, excitement tu macam berterusan la. tapi kalau Zoo Negara, kena menapak sikit punya jauh baru jumpa binatang lain pulak. terus hilang excitement. ni pendapat aku je la, ke sebab aku tengah usung perut time tu, tu yang rasa macam tak larat giler nak jalan.
wokeh, jom layan gambar lak...
sebelum bertolak. Qistina merajuk, tak ingat dah kenapa. adala tu benda yang dia nak tak dapat tu
yippii! dah sampai. terus mood ceria. excited nak g cari elephant
tengok crocodile yang tengah tido dulu. kecik jer binatang2 kat sini. kat Zoo Negara binatang besar2
wahhhh!! bear! jom jalan sama2
ala kuci kuci. ntah binatang apa ni. tapi comeyy. Qistina hampir pegang tapi sempat ditahan oleh maktok
binatang apala yang Irfan tunjuk tu ehhh
mak budak dating ngan bapak budak:)
finally, jumpa elephant. anak2 excited tengok elephant. mama macam biasa, sibuk posing
banyak lagi gambar, tapi tak larat dah nak upload:)
26 comments:
budak2 mmg suke pegi zoo.. hehe
saye pon suke pegi zoo.
walaupun saye bukan budak2 lagi.
so, boleh la bwk kan saye lps ni ye.
hehe :)
lama mama tak gi zoo..kalo deting berdua dgn Mr B kat zoo buley ke? hik2
ai x pernah gi zoo negara uwaaaaa.....jakun ek
hentak kaki nangesss
Batul dear.. Akak setuju.. Kalo zoo taiping x letih jln sikit nampak dah haiwan tp zoo negara semua kedudukan jauh2.. baru tgk 3 jenis dah x larat jln.. mula budak2 cepat bosan.. ;)
Wah...bulan posa gi jenjalan ke Zoo lagi..rajinnyer...
Anyway..anak2 mesti teruja kan..
oh, uat suspen je tajuk...heheheh
akak pun suke ke zoo taiping, luas sgt.. best semua ada kan...
owh dah lama tak pegi zoo huhuhu..
bila la nak pegi lagi ni? best x yang? org kata haiwan byk dah tak de..
bestnye..budak2 suka p zookan..tp lain plak ngan my Qis ni..tgk dr luar zoo kemain Xcited..tp bila bawa masuk..takut kemain..siap ajak balik lg..
sejak anak2 dag besar2 ni jarang pulak gi zoo...kalau dulu2 selalu jugak pegi...
wah..lama dh xgi zoo nie sis!hahha..
psst..sis nie cun la..=)
mk. haah. excited betul diorang. mak budak ni terpaksala mengikut
wokeh nurul iman. next trip:)
boleh aje mamagee. tapi dua2 berpeluh la nak menapak:)
ye ker ayu. balik mesia nanti bawa adam g ehh. zoo kat jepun pernah g tak
tu la kan kak ina. si mak ngan ayah lagi la bosan:)
bukan bulan puasa la aleyn. lama dah ni, bulan 2 lepas:)
mamanoriz.
kasi saspen sikit tajuk, menarik sikit:)
segala binatang ada kan, puas hati
pinkymomma. best gak. tapi bagi budak2 lagi best.
binatang dah kurang tu tak sure lak, tapi yang perasan binatang kat situ kecik2
hehehe. ye ker lily. qis nampak binatang yang dia takut kut. dia takut tiger kut:)
ye ker kak ain. budak2 besar tak minat dah kut zoo. diorang mesti lagi suka g theme park kan
tiefa. sis ni pun kalau tak kerana anak2, tak jejak la zoo nih
tak cun mana pun tiefa, fotogedik jer tu:)
igtkan nama binatang comel tu kuci-kuci hihii
1st time p zoo taiping 3 thun lepas tp waktu malam...hehe :)
huhuhuhu
hye..mira singgah sini ya
eka baru lepas pegi zoo taiping lepas balik bukit merah itu hari..hehehe
Post a Comment