Thursday, 25 August 2011

2nd Day : Misi mencari baju raya untuk anak

misi hari kedua, hari Ahad

bersambung dari entry ini, misi diteruskan lagi pada hari kedua. awal2 pagi lagi aku dah kuar ngan mak aku g market. so, singgah kat pasar tani dekat area Shahab Perdana tu, pusing sampai habis satu pasar tani, still tak jumpa baju untuk Qistina. adala gak yang jual, tapi tak jumpa yang sesuai. end up, balik tangan kosong jer.

kat market kalau takde cat tak sah la kan. si kecik dua orang ni memang suka betul ngan cat:)

tgh hari sikit, aku kuar ngan cik abang pulak. Irfan tido, Qistina lak tak tau apsal tak nak ikut. tengah seronok try baju raya lama-lama yang dah senteng tu kut. so, dating jap la ngan cik abang sambil carik baju raya.

Qistina posing apa ni ehh:) ni baju raya tahun lepas tapi tak sempat pakai pun. nak kena sedekah kat sape2 nih, dah senteng dah pun

kitorang g bazaar, dekat area Pekan Rabu tu. sekali sampai sana, parking pulak tarak. aiseehhhh..terpaksala, patah balik pinjam motor ayah aku. senang sikit nak parking.

kasi tukar sama itu bateri dulu, baru bole merempit

so, sampai jer kat bazaar tu, bermula la misi kitorang. pusing punya pusing, terbekenan pulak aku kat satu baju kebaya nih. punyala berkenan sampai terbeli, walaupun tak confident sangat muat ke tak ngan Qistina. so balik jer, terus kasi Qistina try. sekali, besar pulak ngan Qistina, menggeleber sikit. frust nonggeng aku. tak kuasa mak nak alter.

malamnya, lepas buka puasa, kitorang g balik kedai tu, tukar. kali ni, Qistina ikut sekali. Alhamdulillah, finally jumpa yang sesuai dengan Qistina. colour tak match sangat, tapi bolela, belasah jer la. penat dah, 2 hari mencari. tapi bukan baju kebaya la, baju kurung moden. nanti raya baru tayang kat sini:)

Qistina sampai menari-nari seronok dapat baju raya. Irfan pun join sekaki

11 comments:

EnciK AxixOu said...

wah..buka main seronok budak2 neh

QueeN TerataI said...

rindu suasana di shahab perdana dan pekan rabu....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

susah khen nak mecari baju nk mix and match kasi sama ngan tema....see jmpa gak khen kena rajin jln cari jer ngeee

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Happy dia Dapat baju raya.. ^_^

CIK JATT said...

encik axixou. budak2, sentiasa happy. time nak raya ni, diorang la yang paling happy

CIK JATT said...

queen teratai. sekarang area tu dah sesak betul.

CIK JATT said...

tu la ayu. finally jumpa gak. penat mak nak jalan satu alor setar

CIK JATT said...

haah lily. Alhamdulillah, settle baju raya diorang

ieda said...

susah gak kalau nak cari yg match betul2 kalau beli asing2 nie .. kalau beli kain buat senang kan dik :)

ILA HonEyBuNNy said...

aaah kan kak...kalau g as..memang tak dak perking sekarang...tension ila nak g tau...

last2 ila patah balik g tesco n gerai2 depan tu...

budak2 mmg suka kan kalau dapat baju baru tambah2 nak raya neh...ehheh

Dominic said...

This cannot have effect in actual fact, that is what I think.
san antonio riverwalk | misoprostol side effects | catering menu