Thursday, 6 October 2011

Dari berkenalan online di alam maya, membawa sehingga ke jinjang perkahwinan

tiba2 aku teringin nak tulis pasal kisah dulu2, macam mana aku berkenalan dengan cik abangku dulu kan. actually takde orang tanya pun. tulis kat sini bukan apa, mana tau kan kut2 aku terlupa, hilang ingatan ke kan, anak cucu tanya ke, bole share nanti.

mula2 aku kenal cik abang adalah melalui Yahoo Messenger, tahun 2002. eceh. cinta online tu. cik abang add aku as a friend, aku accept jer la kan. ingat lagi aku nickname dia, boyankacak. time tu memang aku tak kenal pun sape dia, yang aku tau dia senior aku. kitorang sama2 study kat Germany, tapi lain tempat. time dia add aku, dia ada cakap dia pernah tegur aku, time tu aku ngan member2 aku g uni dia, kat Aalen, ada basketball match among Malaysia students. tapi seriously aku tak perasan pun ada orang tegur aku, sebab time tu aku sangatla innocent dan takut2 tengok senior2. jalan pun tunduk bawah jer ala2 perempuan melayu terakhir. control habisla, aku pun geli bila ingat balik, apasal ntah control melampau. dahla jakun baru jejak kaki kat negara omputeh kan.

time tu cik abang dah ada awek dah pun. so, aku rasa dia bukan nak mengayat aku pun. kitorang chat pun cerita biasa2 jer, tapi hari2 kitorang chat. aku rasa seronok chat dengan dia sebab aku boleh share apa jer. berbulan2 aku chat ngan dia, tapi still tak pernah jumpa face to face. sampaila dia clash ngan awek dia.ehhh, no no no, clash bukan sebab aku ok, ada reason lain. then, chatting kitorang still continue, takde unsur2 feeling pun.

first time aku jumpa cik abang, time kat Konstanz, tahun 2003. time tu ada match among Malaysia students gak tak silap aku, bola kut. first impression aku, handsome gak mamat nih. cik abang botak time tu. bersih jer muka dia, aku pulak banyak gile jerawat time tu. dia ada tegur aku, tapi aku balas dua tiga patah jer sambil tersenyum2 kambing control ayu, malula kunun. then, semester break, aku balik mesia. bila balik Germany, aku mintak cik abang tolong amik aku kat Frankfurt Airport sebab tak larat nak angkut beg besar sorang2. tak pernah jumpa, dah mintak tolong angkat beg bagai. hampeh.

nasib baik cik abang ok, dengan baik hatinya datang amik aku kat airport. berdebar2 betul aku time tu, maklumla tak pernah bersembang face to face. malu pun ada jugak. ehh, lupa pulak nak cakap, time tu dia dah jadik abang angkat aku, tapi tak sure pulak bila start. kitorang kena naik train, lama gakla sebelum nak sampai uni aku kat Reutlingen. macam2 kitorang borak, yang peliknya, aku rasa selesa and langsung takde control2. rasa macam dah selalu jumpa. by the way, cik abang still simpan tiket train yang kitorang naik tu:)

tak lama lepas hari naik train tu, cik abang ajak aku kuar jalan2, g Stuttgart. kitorang jalan2, makan2, shopping2, and paling aku tak boleh lupa, cik abang belikan aku bunga ros. berbunga2 betul aku, maklumla first time ada orang bagi bunga kat aku. time tu, aku syak cik abang dah start feeling dah. balik jer, cik abang call aku, cakap nak up kan kitorang punya relationship jadik couple. aku dengan control ayunya cakap aku akan pk dulu. yer la kan, jual mahal sikit la kan. mak lang aku selalu pesan, perempuan kena jual mahal. tapi tak lama pun aku aku pk, esoknya terus aku cakap YES. hahaha, gediknya! cik abang kira first love akula, yang sebelum2 tu semua cinta monyet jer. takde feeling pun:) Officially couple, bulan 11 2003.

lama gak kitorang couple, bertunang 16 September 2006, then 10 February 2007 aku and cik abang selamat diijabkabulkan. kenduri sebelah aku, 10 Mac 2007 and sebelah cik abang 17 Mac 2007. tulis tarikh semua kat sini, kut2 lupa boleh check sini balik.

sekarang, Alhamdulillah anak pun dah 2:). seperti pasangan berkahwin yang lain, biasala kan, mesti ada dugaan dan cabaran masing2. banyak dugaan yang dah kami tempuhi sepanjang melayari bahtera perkahwinan ni (perggh, tak hingat ayat). tapi apapun, semua tu mematangkan lagi kami untuk sama2 belajar menerima dan memperbaiki kelemahan masing-masing. semoga kasih sayang kami bertambah mekar dari hari ke hari sampai ke akhir hayat.

semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan diberkati Allah, kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

gambar time bercintan-cintun dulu, antara gambar yang berjaya diselamatkan dari kompite lama aku yang dah kong tu
aku pun tak tau apasal aku tepek gambar2 ni sampai huduh bertindan macam ni. takde motif, isi masa lapang time study dulu kut. maklumla, dulu takde Facebook.

13 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sweet ai loikeee...
sama bertemu prince charming kat kat YM jugak...sepatutnyer tema kawen kena YM gak la....tq YM hahaha

mama tisya said...

sama la..kenal thru ym cz mmg hobi suka chatting...hehehe..best la die kenal2 kt overseas...

~ yus ~ said...

sweet.....

moga berkekalan ya jatt

N i e Z a said...

waaahhh...cinta siber ni...alhamdulillah..mg jodoh kalaian berpanjangan...insyaAllah..amin..

Mama Gee said...

mama dan si dia..cinta mukabuku :)

LYAfrina said...

huhu...sweetnyerrrrrrr!!!
i like....:-)

jattl...tarikh kawin tu, sma dgn tarikh lahir lya 10 mac..

umur jatt brape r?? lya kawin thn 2006...

Salina@IbuAqil said...

cayalah cik jatt.. semoga kekal hingga ke syurga.. amin!!!!!

*SiRibenMerah said...

so sweet.. semoga berkekalan :)

Ijah EmoTemo said...

wahh sweet aje! :)

e.l.i.z.@ said...

ooo abg angkat..last² terangkat hihih terus jwb YES esoknya hahah tu mahal lg tu :P

jarang tau laki yg boleh simpan 'kenangan' yg lama..tiket train tu dh la lama dh, dia simpan lg..so sweeettttttttttttt

Yana Kama said...

sepatah2 saya baca,exited plak nak tau cite akak..kagum bila lelaki still simpan lagi kenangan dulu2 kan..bukan senang tu :D insyaallah kekal bahagi selamanya :D

Aleyn said...

So sweetttt...

Akak time cintan cintun tak rajin YM ker happer ker....SMS pun jarang...sebab jumpa seminggu sekali...ok la kan...

Janji kekal bahagia sampai biler2, insyaAllah

~kokocincau~ said...

So suess und schoen geschrieben. Erinnert mich an die Geschichte zwischen mir und Izzad - der Mann meines Lebens! Eins haben wir gemeinsam: Deutschland heisst fuer uns.... LIEBE! ;)