Thursday, 5 December 2013

[JJCM] Beli Jeruk Bazar Chowrasta dan Makan Pasembur Padang Kota, Penang


Kalau Kelantan terkenal dengan keropok lekornya, Penang pula terkenal dengan jeruknya. Datang Penang tak beli jeruk, tak sah la kan.

Hujung minggu lepas, kakak dan abang ipar serta ibu saya datang ke Penang, tujuan utama rindu nak jumpa kakak Qistina dan Irfan. Tujuan sampingan, of course nak borong jeruk kan.

Bila sebut tentang jeruk, teringat saya satu SMS yang saya terima beberapa hari sebelum tu, mengenai jeruk madu pak ali


Biasala kan, ibu mengandung mengidam nak makan jeruk. Terkejut sebenarnya bila saya dapat SMS ni. Seingat saya, saya tak pernah announce di sini yang saya jual jeruk. Bila diingat-ingat balik, baru teringat saya pernah post di Instagram gambar kedai Jeruk Madu Pak Ali. Letak #jerukmadupakali. Mungkin sebab tu.

 Gambar jeruk madu pak ali :)

Ok anyway, buat masa ni saya hanya pengedar Shaklee dan F'iena Beauty sahaja. Jeruk belum lagi :)

Kalau di Penang, anda boleh dapatkan jeruk di Bazar Chowrasta dan juga di sekitar Penang. Di negeri-negeri lain saya tak pasti. 

Hujung minggu lepas pun, kami memborong jeruk di Bazar Chowrasta.
Selepas dah habis memborong, kami singgah di Padang Kota. Niat di hati nak makan nasi goreng jer, tapi tergoda dengan pasembur Padang Kota yang terkenal tu. Dengan cendol, kerang bakar lagi, memang kenyang yang teramat sangat. Mak saya cakap, kenyang sampai esok pagi.

Jeruk Madu Pak Ali yang famous

Ni kedai yang kat luar. Kat dalam bangunagn pun ada. 
Memang banyak pilihan

Borong jangan tak borong

Datang Penang, singgah Padang Kota makan pasembur ok

Makan cendol pulut, sejuk dan nyaman :)

Sekian entry Jalan-jalan Cari Jeruk di Penang :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: