Thursday 5 December 2013

[Vitamin C] Tips Memilih Vitamin C Terbaik dan Paling Berkesan


Ketika anda melangkah ke dalam farmasi, berderetan botol-botol supplement Vitamin C pelbagai jenama yang boleh anda pilih. Tetapi tahukah anda bagaimana memilih Vitamin C yang terbaik untuk anda, agar berbaloi dengan wang yang anda belanjakan?


Tips 1 - Sumber Vitamin C : Semulajadi atau Sintetik? 

Periksa label botol terlebih dahulu supaya anda tahu isi kandungan Vitamin C tersebut. Pastikan Vitamin C yang bakal anda beli dibuat daripada bahan-bahan semulajadi.

Kebanyakan Vitamin C semulajadi, mempunyai dos Vitamin C yang rendah seperti 500mg. Vitamin C yang tinggi dosnya seperti 1000mg, kebanyakannya sintetik iaitu dihasilkan daripada proses kimia di makmal.

Selain itu, pastikan Vitamin C tersebut mempunyai kandungan bioflavonoid bersamanya. Sebenarnya bioflavonoid memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan Vitamin C. Dengan kata lain, Vitamin C tanpa bioflavonoid, mungkin hanya beberapa peratus kandungan yang dapat diserap dan digunakan oleh badan.


Tips 2 - Halal dan Kelulusan KKM

Sebagai pengguna Muslim, wajib bagi kita mencari produk-produk yang Halal, lebih-lebih lagi produk untuk dimakan. Pastikan Vitamin C yang anda beli telah disahkan Halal oleh JAKIM atau badan-badan yang telah diiktiraf oleh Jakim.

Tips 3 - Pelepasan Vitamin C Secara Berperingkat (Sustained Release)

Kita digalakkan mengambil Vitamin C yang bersifat Sustained Release. Namun, ramai yang masih belum jelas apakah maksud Sustained Release ini, dan apakah bezanya dengan vitamin TANPA elemen Sustained Release ini?

Baiklah, secara umumnya, apakah keistimewaan vitamin yang bersifat Sustained Release ini?

1. Sustained (or Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

2. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen) dan ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

3. Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

Apa yang Membezakan Vitamin C Shaklee Dengan yang Lain2?

 Harga runcit RM92 untuk 1 botol (180 biji)
Jadi 1 biji = 50 sen
7 setengah biji buah oren untuk 50 sen!
SANGAT BERBALOI. 
Nak makan 1 biji buah oren sehari pun susah kan, inikan pula 7 biji setengah
  • Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik. Ini berbeza dengan vitamin C jenama lain yang berada di pasaran.
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 1 biji Vitamin C menyamai 7 setengah biji oren
  • 100% semulajadi. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: