Monday, 9 December 2013

[Pregnancy] Kebaikan Omega-3 untuk Ibu Hamil Agar Bayi Cerdas dan Pintar


Tahukah anda, di Amerika Syarikat ada program khas tentang penggunakan supplemen Omega-3 untuk ibu hamil yang bertajuk “Omega-3 for Baby and Me”. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pada ibu bahawa DHA sangat penting untuk ibu hamil. DHA bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang dikandung, malah dapat menurunkan risiko kelahiran premature dan bayi berat lahir rendah(BBLR).

DHA atau nama saintifiknya, Docosahexaenoic, adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan dan diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin.

Kajian Manfaat Omega-3 untuk Ibu Hamil


  • Dalam buku Omega-3 Oils, A Practical Guide , 1996 karangan Donald Rudin, MD dan Clara Felix disebutkan bahawa Omega-3 berperanan penting dalam perkembangan sistem imun, yang terbentuk selama masa kehamilan dan bulan-bulan pertama selepas kelahiran. Jika seorang wanita hamil kurang mengambil Omega-3, anaknya boleh menderita gangguan fizikal dan mental kerana kurangnya sistem kekebalan tubuh.
  • Asid lemak esensial Omega-3 juta mempunyai peranan yang sangat penting pada perkembangan otak janin. Pada tahun 1968, seorang saintis Sweden, Lars Svennerholm mendapati DHA (dari Omega-3) adalah majoriti asid lemak tepu yang terdapat di dalam otak dan merupakan bahan baku penyusun sel otak. Dia juga menyimpulkan bahawa perkembangan sel otak janin sangat bergantung kepada jumlah Omega-3 yang berasal dari ibunya, kerana janin belum dapat mengubah asid lemak dalam tubuhnya sendiri.
  • Sebuah suruhanjaya ahli yang dipimpin oleh Berthold Koletzko, MD ., Rumah Sakit Anak Dr. Von Hauner, Universiti Munich menyatakan bahawa wanita hamil dan menyusui perlu mengambil sekurang-kurangnya 200-300 mg DHA satu hari. Mereka mendapati wanita dengan pengambilan Omega-3 DHA lebih tinggi mempunyai kehamilan lebih sihat, dengan berat bayi lahir yang lebih tinggi dan kehamilan tidak cukup bulan yang lebih sedikit. Pengambilan DHA juga dihubungkan dengan peningkatan kecerdasan kanak-kanak dan perkembangan mata.
  • University of Western Australia meneliti 98 wanita hamil yang mengambil 4 gr tambahan Omega-3 dari ikan atau 4 gr olive oil (minyak zaitun) sehari selama 20 minggu kehamilan hingga bayi lahir. Setelah anak yang lahir berusia 2 tahun, ujian dilakukan  untuk melihat kadar pertumbuhannya. Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya mengambil Olive Oil. Profesor Susan Prescott yang memimpin kajian tersebut menyebutkan tambahan Omega-3 yang diambil terus menerus selama kehamilan bukan sahaja selamat, tapi juga sangat diperlukan bagi bayi dan ibu di kemudian hari.
Omega Guard Shaklee - Sumber Omega-3 Terbaik di Dunia

Shaklee sudah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.



1 botol mengandungi 90 biji
Untuk ibu-ibu hamil, amalkan 1 biji sehari
Harga runcit RM136

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Unknown said...

Omega 3 baik untuk ibu, elok untuk bayi

http://www.lovehutladyvitamin.com