Thursday 13 March 2014

10 Mitos Tentang Kesuburan


Dalam usaha anda untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya, ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan. Adakah ianya mitos atau fakta?

TripletsBlog 5 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.

Fakta Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.

2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita berbanding lelaki.

Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-seban yang tidak dapat dijelaskan.

3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.

Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika masih belum hamil.

4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.

Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tanpa masih gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.

fact or myth 300x246 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.

Fakta Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets.Ini adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.

6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.

Fakta Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis . Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.

7. Mitos: Rawatan kesuburan rawatan adalah bertentangan dengan lumrah alam.

Fakta Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah semulajadi,

8. Mitos : Pasangan yang sering hamil apabila mereka mengambil anak angkat .

Fakta Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.

9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk hamil.

Fakta Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme untuk hamil.

couple with pregnancy test 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang untuk hamil.

Fakta Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi.Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak kesuburan anda.

Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma.

Credit http://www.celikvitamin.com/

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:

Tip Untuk Hamil Dengan Cepat

Perkara yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Hamil

Sukar Hamil Akibat Telur (Ovum) Tidak Matang

Set Kesuburan Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

Ana Jingga said...

singgah sini: kadang2 yang mitos tu lagi dipercayai dari fakta..good info tqvm

Unknown said...

mitos yg perlu diketahui untuk di baiki