Tuesday 20 September 2016

Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Semasa Hamil


Batuk ketika mengandung sangat la memeritkan dan menyeksakan. Apa lagi kalau batuk yang teruk, berkahak dan berlarutan sehingga berminggu-minggu. Dengan hidung tersumbatnya, dengan sakit kepala lagi.

Selain menyeksakan, lebih stress lagi, batuk sampai terkencing pun ada. Itulah realiti ibu hamil yang terpaksa dihadapi.

Bahaya sebenarnya batuk sampai berkahak ni. Kerana kalau tidak dirawat, lama-kelamaan kahak boleh dijangkiti.

Rasa tak tahan sangat sampai rasa nak makan ubat je.


Tapi, tak bahaya ke ambil ubat batuk semasa hamil?

Tak ada ubat yang 100% selamat untuk ibu hamil. Ubat-ubatan ni mengandungi bahan kimia yang tak sesuai untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Nasihat dari doktor pakar amat diperlukan sebelum ibu hamil mengambil sebarang ubat.

Elakkan dan hindari daripada mengambil ubat-ubatan terutamanya semasa trimester pertama kerana semasa 12 minggu pertama bayi ni, adalah proses pembentukan organ-oragan utama badan.

Jadi, apa nak buat untuk hilangkan batuk berkahak yang menyeksakan ni?

Banyak tips dan petua yang boleh anda cuba sebenarnya. Ada yang berkesan, dan ada juga yang mungkin tak berkesan untuk anda.

Di sini, saya akan berkongsi 4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil ni.

4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil

1. Minum banyak air kosong

Pastikan anda minum air kosong yang banyak dan secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrasi.

Pengambilan air masak yang secukupnya juga akan melancarkan proses detoks iaitu membuang toksin dari badan.


2. Berkumur dengan air garam

Bancuhkan sedikit garam dan air suam.

Kumur dengan air garam ni, 2@3 kali sehari. Ini akan membuatkan tekak anda merasa selesa.

Kumur ye, bukan telan terus.


3. Mandi dengan air panas

Caranya mudah sahaja. Pasang hot shower semasa mandi, tapi tak perlu sampai berasap bilik mandi. Then, mandi macam biasa namun lebihkan siraman pada bahagian belakang badan.

Ia akan membantu melonggarkan kahak yang melekat di paru-paru dan senang nak hembus buang lepas tu. Apabila dapat buang mukus yang banyak tu, barulah lega pernafasan dan hilang sakit kepala segala.

Lepas mandi, boleh sapukan minyak panas atau Vicks pada belakang badan, tengkuk, dan kaki.


4. Ambil vitamin ibu hamil

Selain mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, sangat-sangat penting ibu yang hamil untuk konsisten ambil vitamin kehamilan. Kerana semua sistem dalam badan kita akan bergerak dua kali ganda daripada sebelum hamil.

Vitamin untuk ibu hamil secara tidak langsungnya membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ibu itu sekali, untuk melawan virus dan bakteria. Bukan untuk batuk berkahak sahaja, malah untuk mencegah dari jangkitan penyakit lain juga.

Digalakkan ibu yang hamil dan batuk berkahak untuk ambil vitamin:

Multivitamin (Vitalea) - Mengandungi vitmain dan mineral lengkap untuk tampung keperluan badan ibu, terutamanya Zinc yang memabntu menguatkan immune system badan.

Vitamin C - Meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Asid lemak Omega 3 - Iaitu dikenali sebagai peransang kepada sistem imunisasi badan.
Omega 3 penting untuk melawan jangkitan yang berlaku dalam badan dan juga meningkatkan aktiviti-aktiviti sel-sel putih untuk melawan jangkitan bakteria jahat.

Garlic - Tumbuhan yang terbaik membantu untuk melawan virus dan bakteria jahat.


Selain vitamin di atas, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil B Complex (mengawal stress, mengelakkan kecacatan pada bayi), Ostematrix (sumber kalsium) dan ESP (protein untuk memberi tenaga pada ibu dan juga perkembangan bayi yang sihat).

Semoga perkongsian ini membantu ibu hamil yang mengalami masalah batuk berkahak ni.
Cuba ya, insyaAllah sangat membantu. Jangan biarkan masalah batuk ni berbanjangan hingga menyeksakan diri anda sendiri, malah takut ada risiko jangkitan lain pulak nanti.

Cara semulajadi ni, dijamin selamat dan takde masalah untuk bayi di dalam kandungan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ibu hamil ni ye. Saya akan consult cara pemakanan yang betul supaya anda mendapat kesan yang terbaik.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment: