Friday 21 October 2011

Tip Kecantikan : FAKTA atau AUTA - Makan coklat boleh menyebabkan jerawat, betul ker?

bersambung dari entry semalam, pasal kenapala aku tak teruskan niat aku nak perabih coklat-coklat tu.

bukan sebab sayang takut habis cepat, bukan jugak sebab takut menambah lemak di perut yang dah sedia ada ni. bukan bukan bukan. tapi sebab aku takut cik jerawat banyak datang menempek kat muka aku. ntah hapa2 kan.

hari tu g Langkawi pun dah borong, balik dah melantak sakan. pastu naikla cik jerawat seketul dua kat muka aku ni. tapi kecik2 jer, so aku tak heran sangat. tapi kali ni, lepas melantak satu bar coklat German tu, naikla seketul cik jerawat yang agak besar kat bawah mulut aku.

hah! ambik. bapak besar jerawat bawah mulut aku tu

hmmm.. orang cakap, pasal coklat boleh sebabkan jerawat tu, AUTA jer. tapi apasal bila aku makan jer, confirm naik jerawat. ker sebab aku kurang minum air. ker sebab aku stress. ker sebab span compact powder aku dah lama tak tukar. tu semua pun mungkin jugak kut. heeee..

tapi, coklat tu so tempting. tak tahan mak. jerawat pun jerawat la. nanti tenyeh Night Cream F'iena Beauty cepat sikit kecut.

baru lepas habis telan half bar coklat:)

Note : aku tak bagi Qistina and Irfan makan coklat banyak sangat. takut batuk

12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Anak sulung kakak dah 15 tahun. Dia alah makan coklat juga kalau makan mesti jerawat keluar, tapi nak sekat makan susah sebab rumah kami tak lekang dari coklat:)

Zana Adieyza said...

zana xde pulak lps makan coklat tumbuh jerawat.. maybe ikut jenis kulit kot.. kalau la jerawat akn naik stp kali zana mkn coklat, makanya penuhla jerawat kat muka zana sbb zana hantu coklat! hihihi

Puan Eka said...

eka ni makan lah ape saje.jerawat susah nak naik..
kalau time nak period tu ha mmg banyak jerawat keluar.
hehehe

Hudalatip said...

kita kalau stress jer carik coklat, tapi kita tak gemar coklat bar tu..

SYANI said...

Suka sangat coklat.. jerawat naik time stress je..

Ztee_Azwanis said...

tk dpt nk dipastikan cik jatt heehehe

Anisa Hang Tuah said...

coklat penghilang stress

:)

LYAfrina said...

tp klo time study hard konon2 la..kuat mkn coklat..konon2 nk release tension /kurg stress.. tp stakat ni ok lagi la..xde naik jerawat... bgntung pd hormon seseorg kot..

e.l.i.z.@ said...

eli penah gak dgr mcm tu..xtau nk kata auta ke fakta..sbb kdg² eli naik gak jerawat pas mkn coklat..tp kdg² tak naik pun..haiyaaaaaaa

Unknown said...

eh yeke..tk perasan plk kita..kalo mkn kcg mmg naik jerawat..hihi

Mama Gee said...

dah dgr mitos ni sejak dr bangku sekolah...tp mama jenis tak ske sgt choc...tetap ditumbuhi jerawat...hehee

apa2pun amalkan mencuci, menyengar , melembab dgn produk yg sesuai...di samping byk minum air masak utk kesihatan kulit..

Anonymous said...

Masaalah jerawat ni memang masaalah remaja di seluruh dunia. Kalau dah guna macam-macam ubat dan sabun tapi masih tak menjadi, tension oii. Muka kita ni bukan bahan eksperimen untuk macam-macam produk, dan yang lagi tension lagi bila dah cuba produk tu muka kita bukan bertambah elok, tapi makin bertambah menggerutu ….aduuh.

Yang penting banyaklah bersabar dan percayalah bahawa setiap penyakit tu pasti ada ubatnya. Nak jadi cerita, ada seorang Doktor yang dah dah 20 tahun dah jadi Doktor tapi sejak 6 tahun kebelakangan ini dah mengkhusus dalam bidang jerawat dan pigmentasi. Siap buka klinik Jerawat sendiri tu. Kata Doktor ni, dia memang nak menolong para jerawat,eh…para remaja mengatasi masaalah jerawat takat gaban ni terutamanya nak menghilangkan perasaan rendah diri dalam mencari pasangan.

Agak-agak dah tak yakin dengan produk jerawat kat pasaran, jumpa ajelah face to face dengan Doktor ni. Sampai bila kita nak jadikan muka kita ni jadi bahan eksperimen…minta simpang la, muka nak pakai lama ooi. Cerita banyak pun tak guna, klik ajelah kat website Doktor ni dan jumpa le Doktor ni face to face kat klink JJ dia…bukan Jaya Jusco le…..Klinik Jerawat & Jeragat. …yang penting kita ikhtiar,insyaalah…

http://amisya2.jomniaga.com/go/kamarul68