Sunday 7 July 2013

[Kesuburan] Perkara yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Hamil


Seperti yang kita semua sedia maklum, rezeki anak adalah daripada Allah S.W.T. Selain dari doa yang tak pernah putus agar dikurniakan cahaya mata, pengambilan supplemen juga merupakan salah satu daripada usaha kita untuk meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan kita. Itu yang perlu ye, yang tak perlu atau patut dielakkan pun kena ambil tahu juga. Kali ni, saya akan berkongsi dengan anda antara perkara-perkara yang patut dielakkan atau dikurangkan jika anda sedang mencuba untuk hamil :

1. KAFEIN 

 
  • Kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita. 
  • Salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan. 
2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK 

  • Ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. 
  • Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik. Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.
3. NIKOTIN 

  • Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). 
  • Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. 
4. ALKOHOL

 
  • Tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim kerana pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan. 
  • Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 
5. MANDIAN AIR PANAS 

  • Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah. 
6. PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA 

 
  • Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.
7. DIET 

  • Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.
8. BERAT BADAN TIDAK IDEAL 


  • Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. 
  • Berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.
9. PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT 

  • Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.
10. TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL 

  • Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. 
  • Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada. 
Sealamat Mencuba :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: