Thursday 9 March 2017

10 Tanda-tanda Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang. Awas!


Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Organ penapis bahan kumuh badan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga keseimbangan fungsi badan dan organ lain.

Apabila buah pinggang mengalami kerosakan atau berpenyakit, risikonya adalah maut, lebih-lebih lagi jika lambat mendapatkan rawatan.

Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan sesiapa sahaja, tidak mengira usia dan jantina.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Statistik juga menunjukkan, setiap tahun pesakit buah pinggang semakin bertambah.


Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?

10 Tanda-tanda Penyakit Buah Pinggang

1. Kekerapan pembuangan air kencing

Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Mengalami keletihan yang melampau

Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan

Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.

4. Mengalami kegatalan yang teruk 

Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah 

Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa 

Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas 

Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala 

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Anda mungkin juga berminat dengan Cara-cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang

No comments: