Tuesday, 7 April 2015

10 Tips Kewangan Dan Cara Berjimat Menghadapi GST


Suka atau tidak, GST dah tiba. Daripada kita dok risau dan komplen, apa kata kita ambil langkah-langkah yang perlu, seperti melakukan sesuatu yang menambahkan pendapatan dan juga mengawal perbelanjaan harian kita.

Entry kali ni, saya nak berkongsi 10 tips kewangan keluarga dari penulis2 bestsellers dan selebriti Zaid Mohamad (Malaysia's #1 Parenting Coach) & Azizi Ali (#1 Millionaires Coach):

1. Niatkan dan kongsikan "tarikh luput" kpd setiap pembelian anda (eg. handphone, jam: 5 tahun, kereta:10 thn, perkahwinan: forever hihi)


2. Beli yg berkualiti walaupun mahal sedikit sbb kadangkala mahalnya 50% tapi boleh tahan lama 200%.

3. Isytiharkan perang ke atas pembaziran (makan sebelum lapar, membeli atas keperluan bukannya menunjuk2, jauhkan buffet hotel)

4. Lebih baik DIY (buat sendiri) dari membeli (birthday parti, hiasan rumah, belajarlah menjahit, beli barang servis kereta dari kedai spare parts bukannya workshop)

5. Shopping raya di bulan Muharram...ie 6-9 bulan lebih awal - boleh dapat baju melayu & kurung at 80% diskaun!

6. Selamatkan Bumi (& duit anda) dgn mengurangkan, mengguna-semula, mengitar-semula & menurunkan baju/mainan kpd adik2.

7. Berhati2 dgn kos tersembunyi spt interest kad kredit & ansuran.

8. Naiktaraf ILMU, bukannya kereta, TV atau handphone.

9. Cari jalan uutk bergembira tanpa wang - pergi piknik, makan di rumah, bermain dgn anak2, bersiar di sekitar taman perumahan.

10. Kereta tak perlu aksesori - tuannya dah cukup bergaya. Org lain tak hairan pun dgn sport rims baru anda. Yg excitednya ialah tokey kedai tayar.

CABARAN 30 HARI UTK JIMATKAN RM1,500 (atau lebih) SEBULAN:

1. Berhenti merokok! (Jimat RM300)
2. Minum kopi percuma di rumah/pejabat, bukannya di S******ks. (Jimat RM200)
3. Bersenam di taman, bukannya di gym berjenama (Jimat RM200)
4. Masak sendiri lebih jimat dari makan atau beli di luar (Jimat RM300)
5. Luangkan masa dgn keluarga, bukannya berhibur di luar (Jimat RM200).
6. Review balik kelas tuisyen anak2...ada yg boleh anda ajar sendiri (Jimat RM300).

Tapi... JANGAN SESEKALI BERHENTI BERSEDEKAH!!!...kerana ianya pembuka pintu rezeki yg lebih luas. Beri dahulu sebelum terima...berlapang dada, usahakan senyum, berbahagia dan sentiasa bersyukur dgn nikmatNya.

Selamat mencuba. Jom sama-sama kita amalkan dan kongsi tips ni dengan kenalan anda jika anda rasa bermanfaat :)