Monday, 27 April 2015

Punca Masalah Sukar Hamil Dan Tips Tingkatkan Kesuburan


Bagi mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu disenyawakan dengan sperma dan ovum itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh kesuburan yang berlaku sekali dalam sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari hari pertama datang haid jika kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28 hingga 30 hari. 

Hampir kesemua pasangan yang mendirikan rumahtangga berhajat untuk menimang cahayamata. Namun, tidak kesemua dikurniakan rezeki tersebut dalam masa yang singkat.

Bagaimanakah Yang Dikatakan Pasangan Mempunyai Masalah Kesuburan

Pasangan suami isteri dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila masih tidak memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam bulan bagi isteri berusia bawah 35 tahun.

Ketidaksuburan juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Ubatan Reproduktif Amerika (ASRM) dan Kolej Perbidanan dan Ginekologi Amerika (ACOG) juga mengenal pasti ketidaksuburan sebagai satu penyakit akibat sistem pembiakan lelaki dan wanita yang tidak berfungsi dengan normal. Di­anggarkan ketidaksuburan ini berlaku kepada satu pasangan bagi setiap tujuh pasangan suami isteri. Oleh itu, masalah terbabit adalah perkara biasa yang sering dihadapi pasangan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.
Dalam kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40-50% kes disebabkan suami, 40% lagi disebabkan isteri, manakala 10-20% lagi adalah kombinasi suami dan isteri.

Sebanyak 85% pasangan dengan tahap kesuburan normal akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun mencuba. Jika mereka tidak memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama perkahwinan), peluang mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin tipis seiring dengan peningkatan usia isteri.

Punca Masalah Kesuburan Suami dan Isteri

1) Punca Masalah Kesuburan Isteri
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon. 
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio). 
  • Penyakit berkaitan kelamin. 
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik. 
  • Merokok. 
  • Pengambilan kafein yang berlebihan. 
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus. 
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
    2) Punca Masalah Kesuburan Suami
    • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count) 
    • Sperma kurang cergas 
    • Sperma yang tidak sempurna 
    • Sekatan pada saluran semen 
    • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma. 
    Selain itu, antara faktor yang mengurangkan tahap kesuburan suami dan isteri, antaranya kesan dari tekanan perasaan, stress, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi, pendedahan terhadap punca radiasi serta pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain. 
    Bagi lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit.
    Namun, banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki, termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon, ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.
    “Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman daripada penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki yang akil baligh dan terkena penyakit beguk juga berisiko mandul kerana kuman penyakit itu menyerang kilang sperma sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.
    “Selain itu, lelaki yang terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan juga berisiko me­ngalami ketidaksuburan.
    “Bagaimanapun, ada juga lelaki subur tetapi tiada ereksi ketika melakukan hubungan kelamin disebabkan masalah saraf yang mungkin tercedera atau masalah psikologi, menyebabkan sperma tidak dapat dipancut keluar,” katanya.
    Dr Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dan pe­ngambilan makanan tidak se­imbang serta berlebihan juga me­nyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan lelaki dan wanita.
    “Berat badan juga memainkan peranan dalam tahap kesuburan seseorang apabila berat yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menjejaskan penghasilan ovum dan sperma.
    “Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.
    “Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.
    “Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.
    - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.wKZ37QLc.dpuf
      Supplement Sebagai Alternatif Untuk Tingkatkan Kesuburan

      Pasangan yang belum mendapat zuriat walaupun telah mencuba dalam tempoh setahun, seharusnya menemui pakar kesuburan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sekiranya mempunyai sebarang masalah kesuburan dan kaedah rawatan yang sesuai.

      Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.
        
      Pengambilan supplemen juga amat disarankan sebagai rawatan alternatif bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. 
      Kajian dari Harvard Medical School ada menunjukkan bahawa pengambilan supplement dan mutli minerals membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.


      Bagaimana supplements Shaklee membantu tingkatkan kesuburan?
      pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.wKZ37QLc.dpuf

      1) Vitalea 
      Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
      Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi pihak lelaki.

      2) B Complex 
      Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

      3) Vitamin C 
      Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

      4) ESP
      Protein yang berasaskan soya yg baik untuk sel dalam badan @ makanan kepada sel badan, termasukla sel telur. Sel yang baik juga akan menjadikan badan sihat..

      5) Vitamin E
      Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

      6) Zinc
      Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

      7) Alfalfa 
      Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

      8) GLA 
      Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

      Testimoni Set Kesuburan Shaklee

       
      ***********************************************************

      Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

      Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

      I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
      Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
      ID No. 907609
      ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
      ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      No comments: