Kita selalunya cenderung untuk berfikir bahawa kita tahu apa yang kita buat, tapi adakalanya atau terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehamilan, kita sebenarnya salah.
Artikel ini dipetik dari buku Your Pregnancy, Week by Week, yang ditulis oleh Dr Glade B. Curtis, M.D, tentang 9 kesilapan yang perlu dielakkan jika ingin hamil
1. Terlalu bimbang
Anda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang memberi pendapat tentang kehamilan,
“Kehamilan berlaku secara semula jadi. Ianya akan hadir apabila anda berhenti bimbang tentangnya.”
Mendengarnya adalah amat menjengkelkan,
terutama apabila perkara yang diinginkan kita adalah hamil. Namun hal
ini selalunya benar. Tekanan boleh menjadi perosak utama dalam proses
kehamilan. Jika anda memiliki tahap kortisol yang menaik beserta hormon
tekanan, ia boleh secara negatif memberi kesan kepada ovulasi dan
kesuburan.
2. Terlampau (atau kurang) melakukan hubungan intim
Jika anda hendak melakukannya, lakukan
dengan betul (dengan jumlah yang betul!). Dr. Curtis mencadangkan untuk
melakukan persetubuhan setiap hari atau selang sehari semasa anda berada
dalam tempoh paling subur.
Jika anda, tidak
tahu bilakah tempoh tersebut, teruskan dengan selang sehari selama
tempoh anda merasakan anda berada dalam keadaan paling subur. Lebih
daripada itu akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda. Kurang
daripada itu akan menyebabkan anda terlepas waktu kritikal kesuburan.
3. Beralih kepada produk menarik
‘Douching’ atau pembersihan vagina
mungkin menjadi kelaziman sebagai langkah seterusnya dalam rutin untuk
hamil. Ia sama sekali bukanlah idea yang bagus. Membersihkan vagina
boleh bertindak seperti spermisid, mengubah PH vagina anda.
“Ini mampu mengurangkan kesuburan,” kata
Dr. Curtis.
Begitu juga pelincir peribadi, kebanyakannya produk yang
ada menunjukkan bukan saja akan mengurangkan kiraan sperma, juga akan
menjejaskan pergerakannya.
4. Menyalahkan diri sendiri
Bila kita bercakap tentang
ketidaksuburan, kita biasanya bermula dengan bertanya jika keadaan
wanita tersebut menjadi isu dalam hal ini. Dr. Curtis berkata, kes-kes
ketidaksuburan biasanya adalah 40% berkaitan dengan lelaki, 40% berkaitan wanita, dan 20% kombinasi kedua-duanya.
5. Bergantung kepada kiraan betul
“Tidak memahami masa ovulasi adalah kesilapan popular,” kata Dr. Curtis.
Bagi kebanyakan wanita, ovulasi berlaku
pada kitaran pertengahan, tetapi itu turut mengandaikan kitaran 28
sehingga 32 hari.
“Kebanyakan wanita mengalami ovulasi 14 hari sebelum
permulaan haid mereka,” kata beliau.
“Jadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran 24 hari, ovulasi adalah dalam lingkungan hari ke-sepuluh.”
Semua maklumat ini akan mengelirukan
jika anda mengalami haid yang tidak menentu atau tidak ingat bila kali
terakhir anda mengalami haid.
Kesilapan biasa yang lain?
Tidak mengira
dari permulaan hari pertama kitaran anda.
“Hari pertama adalah hari
pertama keluar darah haid, bukan sehari selepas atau sebelum hari itu,”
kata Dr. Curtis.
Ini kerana kesuburan boleh secara literal akan menurun
dalam masa beberapa jam, ia amat penting untuk mengetahui masa kitaran
yang tepat.
Dr. Curtis mencadangkan supaya
menggunakan kit ramalan ovulasi. Mempunyai kalendar yang menjejaki
kitaran haid anda juga akan sangat membantu. Begitu juga dengan
menggunakan ramalan ovulasi secara dalam talian atau aplikasi telefon
bimbit.
6. Cuba untuk kekal mengikut jadual
Secara puratanya,
yang normal, pasangan sihat akan mengambil kira-kira setahun untuk
hamil.
“Ramai wanita mengambil kira-kira 6 bulan atau lebih hanya untuk mempunyai kitaran haid yang biasa atau anda tidak akan pasti jika anda sedang berovulasi, (atau jika anda mempunyai soalan-soalan tentang kesuburan).
7. Cepat bangun
Terdapat banyak anekdot dan maklumat sains untuk menyokong fakta iaitu
selepas persetubuhan, adalah amat membantu jika anda kekal baring di
atas katil dengan pinggul menaik untuk kira-kira 20 hingga 30 minit.
Dalam erti kata lain,
Dr.
Curtis menasihatkan, “Selepas melakukan hubungan intim, jangan terus melompat atau berlari ke dalam bilik air
atau mencuci vagina!”
Hanya dengan melakukan itu saja akan mengubah dan
boleh menyelesaikan sehingga 80% masalah kesuburan.
8. Abaikan kebimbangan anda
Mungkin anda selalu mempunyai haid yang
tidak menentu dan bimbang anda akan mempunyai masalah untuk hamil. Atau
mungkin anda mempunyai diabetes dan mahu memastikan ia terkawal sebelum
mencuba untuk hamil.
Ini adalah situasi di mana anda tidak
harus mengabaikan perasaan bimbang yang banyak, kata Dr. Curtis.
Sebaliknya, dapatkan khidmat doktor atau konsultan kesuburan secepat
mungkin untuk membuat perancangan.
9. Bersukaria sebelum hamil
Dr. Curtis berkata,
“Mengapa minum
minuman yang memabukkan, merokok, alkohol, mengambil dadah jika anda
tahu ia boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan?”
Beliau memberi amaran kepada
pesakit-pesakitnya bahawa bahagian awal semasa hamil adalah paling
kritikal dalam perkembangan fetus.
“Tiada jumlah alkohol yang selamat semasa hamil, dan kita tahu merokok itu merbahaya. Nasihat saya adalah, jika anda tidak
menggunakan perlindungan,tetapi mengambil dadah, alkohol dan rokok,
bertindaklah seperti anda sudah pun hamil.”
Semoga 9 tips yang dikongsi ini membantu ya :)
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment