Tuesday, 7 February 2017
Sukar Hamil Anak Kedua? Penantian 10 Tahun Akhirnya Berakhir
Ramai pasangan mengalami kesukaran untuk mendapat anak kedua. Sedangkan sebelumnya, sangat mudah bagi para isteri untuk hamil kali pertama.
Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya tidak sukar untuk hamil semula. Kesukaran untuk hamil semula selalunya mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengganggu kesuburan.
Pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih tidak berjaya.
Apakah Punca Sukar Mendapat Anak Kedua ?
Setiap manusia akan diuji pelbagai ujian dan setiap kehamilan mempunyai pelbagai ujian yang berbeza. Banyakkan bersabar, teruskan berusaha dan jangan berputus harapan.
Masalah kesuburan mungkin berlaku hanya kepada salah seorang, suami atau isteri. Namun kebanyakan kes di mana kes kesuburan melibatkan kes yang lebih kompleks ialah yang melibatkan kedua-kedua pasangan suami dan isteri.
Masalah Kesuburan Suami
Masalah di pihak suami biasanya berkaitan dengan kualiti sperma yang rendah. Masalah ini berlaku sama ada bilangan sperma yang rendah dan bilangan sperma yang mempunyai bentuk yang normal juga agak rendah. Ini akan mengurangkan kebarangkalian untuk sperma itu dapat disenyawakan. Jika disenyawakan pun, ia menghasilkan janin yang tidak kuat dari segi genetik dan mudah keguguran.
Masalah kualiti sperma yang rendah ini bertambah buruk jika si suami merokok, tidak menjaga pemakanan terutama minuman berkarbonat, caffeine dan makan makanan yang banyak MSG. Berat badan yang bertambah juga menyebabkan kesuburan yang rendah.
Masalah Kesuburan Isteri
Purata wanita di Malaysia hamil pada usia 28 tahun. Apabila menunggu anak pertama membesar, dan umur semakin meningkat, kadar kesuburan semakin menurun dengan mendadak. Apabila menghampiri usia 35 tahun, isu kesuburan pada wanita menjadi hal yang utama, menjadi sebab mengapa ramai pasangan gagal mendapat anak kedua.
Ini kerana, faktor kualiti telur yang merosot dan masalah berkaitan kesihatan yang berkaitan dengan wanita boleh muncul pada bila-bila masa.
Kebanyakan wanita pula bekerja dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat. Faktor tekanan emosi, berat badan bertambah dan pemakanan menyebabkan kesuburan seorang wanita semakin berkurang, walaupun pernah hamil dan melahirkan anak pertama.
Berjaya Mendapat Anak Kedua Selepas 10 Tahun
Sebelum ni, saya pernah berkongsi tentang Tip Untuk Suami Isteri Yang Sukar Mendapat Anak Kedua.
Kali ni, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana Encik Daud dan isteri beliau berjaya mendapat anak kedua selepas 10 tahun menunggu. Alhamdulillah, berkat sabar, usaha dan doa yang tak putus-putus, penantian mereka berakhir. Bayangkan 10 tahun tu, satu jangka masa yang amat panjang.
PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR
"Assalamualaikum.
Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.
Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?
Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.
Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.
Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.
Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.
Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.
Alhamdulillah."
Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Tingkatkan Kesuburan
Seperti yang Encik Daud kongsikan, usaha terakhir yang beliau dan isteri beliau amalkan sebelum disahkan hamil adalah, mengambil supplement Vivix Shaklee.
Apa tu Vivix?
Vivix Shaklee ni boleh dikatakan semakin mendapat perhatian setelah ramai yang mengetahui keistimewaan dan manfaatnya. Vivix merupakan satu-satunya supplement yang terbukti melalui kajian sains dan mempunyai Landmark Study, mampu merawat sel-sel badan kita hingga tahap DNA.
Vivix mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat berbanding antioksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi antioksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage”. Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.
Jadi, fungsi Resveratrol itu tadi adalah melindungi sel telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidative damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN.
Cara Untuk Mendapatkan Vivix Shaklee
Vivix ni merupakan campuran botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Ianya adalah Shaklee patent pending dan hanya boleh didapati di Shaklee.
Jangan tunggu lama untuk ikhtiar mendapatkan cahaya mata kedua anda.
Ikhtiarlah untuk tingkatkan peluang mendapatkan cahaya mata dengan Vivix bagi membantu sel badan sihat dari dalam. Kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Cara nak dapatkan mudah sahaja.
Boleh hubungi saya terus, Cik Jatt 013-4894037 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi. Dan juga untuk special offer dengan pembelian Vivix ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment