Sunday, 21 August 2016

3 Cara Mudah Hilangkan Bengkak Tonsil, Elak Pembedahan


Sakit tekak atau bengkak tonsil boleh menyerang sesiapa sahaja, samada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Biasanya bila kita demam, pergi klinik, doktor akan minta kita buka mulut untuk check, betul? Itu sebenarnya untuk tengok samada tonsil kita bengkak atau tidak. Tonsil bengkak ni boleh berpunca dari jangkitan virus atau bakteria.

Apabila tonsil membengkak, ia akan membawa kepada demam, batuk, pening, muntah-muntah dan menyebabkan kita sakit serta susah untuk menelan makanan.

Risiko Bengkak Tonsil Dan Kenapa Tidak Boleh Dibiarkan

Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat bengkak tonsil ni. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit juga akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Dan yang lebih merisaukan lagi, menurut pakar, bengkak tonsil di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa. Bengkak tonsil pada tahap yang kritikal boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan bakteria boleh berjangkit pada organ-organ penting iaitu jantung dan buah pinggang.

Jadi jangan sesekali ambil mudah masalah bengkak tonsil ni.


3 Cara Mudah Hilangkan Bengkak Tonsil

Biasanya bengkak tonsil ni akan surut, lebih cepat surut kalau ambil antibiotik. Tapi kalau menyerang 3 atau 4 kali setahun disarankan untuk buat pembedahan bila bengkak tersebut menghalang pernafasan dan bernanah.

Suami dan anak sulung saya dulu selalu sangat kena bengkak tonsil ni.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah terkawal dan tak perlu bergantung kepada ubat atau antibiotik.

Apa nak buat bila kena bengkak tonsil?

Saya pernah tebaca tentang tips makan ais krim vanilla untuk hilangkan bengkak tonsil. Ada yang cuba menjadi, ada yang cuba tak menjadi. Katanya doktor yang cadangkan, tapi ada juga saya terbaca yang ada doktor pakar tak galakkan cara ni. Sebab bila makan aiskrim, nanti lagi teruk, boleh jadi nanah-nanah kecil dan makin perit tekak. Jadi, suami dan anak saya tak pernah cuba la cara makan aiskrim ni.

Saya kongsikan cara kami ya... 

1. Minum air masak secukupnya

Minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter sehari. Seeloknya, minum air suam.


2. Berkumur dengan air garam
 
Bancuh garam dengan air suam, dan kumur berulang kali. Jangan sampai teretelan pula ye. Tujuannya untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil.


3. Rawat dengan vitamin

Mereka yang berulang kali tonsil membengkak ni sebenarnya menunjukkan sistem pertahanan badan lemah. Jadi, perlu ambil vitamin yang sesuai untuk tingkatkan antibodi badan bagi melawan bakteria dan virus penyebab tonsil. Sistem pertahanan badan yang lemah bukan sahaja memudahkan bengkak tonsil untuk berulang tetapi juga mudah terkena serangan penyakit terutama penyakit berjangkit. Penggunaan vitamin ini adalah cara semulajdi meningkatkan perisai badan dari serangan bakteria

Cadangan terbaik untuk mencegah dan merawat bengkak tonsil adalah
  • Garlic
  • Nutriferon
  • Vitamin C

Nutriferon sangat bagus untuk mengukuhkan sistem imunisasi badan. Juga membantu mengurangkan kelesuan badan.
Vitamin C membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan. Juga vitamin antioksidan yang membantu badan untuk nyahtoksin segala toksik dan bahan kimia yang membahayakan badan.
Garlic adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus.

Testimoni bengkak tonsil kecut dengan cepat tanpa perlu seksa menanggung sakit tekak

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Kalau vitamin-vitamin ni boleh bantu untuk elak dari pembedahan, elak dari anak-anak yang selalu sakit, lesu dan terpaksa ambil cuti panjang hingga ketinggalan di sekolah, bukankah itu lebih baik kan? 
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin untuk masalah tonsil bengkak.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: