Sunday, 27 November 2016

Hadiah Terbaik Untuk Orang Tersayang


Malam-malam Ahad ni, apa lagi... layan Gegar Vaganza la :)

Korang team mana. Saya takdela team mana-mana pun. Tapi tapi tapi.. dulula, zaman sekolah-sekolah dulu, suka la abe Zarul Umbrella tu. Hihihi

Tadi waktu intro tu kan, ada Dato Seri Vida tu tanya Kak Lina Pompom kan apa hadiah terbaik nak bagi kat ibu dan ayah. Ntah macam mana ayatnya lupa pulak, tapi gitu la maksudnya.

Kalau korang, apa jawapan korang?

Me..

Paling utama, nak bagi mak dan ayah sihat. Senang hati.
Sedih, risau dan tak senang hati kalau tengok mak dan ayah sakit.

Tak kisah la sakit apa pun, sakit lutut ke, selalu letih dan penat ke, sakit kaki, gout, darah tinggi.. macam-macam lagi la kan sakit yang selalu menjengah di kala usia makin lanjut ni.


Ni semua supplements kat kampung, rumah my parents.

Bukan kat rumah sendiri je penuh botol2 Shaklee, kat kampung pun sama

Selain makan untuk diri sendiri, memang satu keluarga pun ambik Shaklee.
Khas untuk semua insan tersayang, anak2, cik abang, mak & ayah kat kampung..

Antara ikhtiar kami untuk hidup lebih sihat.
Kesihatan ni sangat mahal, kenala ikhtiar untuk jaga & bagi yang terbaik. Bila badan sihat, hidup pun lebih ceria, nak buat semua aktiviti & tanggungjawab pun takde masalah.


Alhamdulillah, mak saya semenjak amalkan Shaklee ni, cergas dan sihat sentiasa :)




No comments: