Monday, 8 May 2017

Gigi Susu Perlu Dicabut Atau Dibiarkan Bila Gigi Kekal Mula Tumbuh?


Siapa yang takut dengan doktor gigi?

Bukan budak-budak je yang takut doktor gigi ni, tapi mak budak pun takut. Saya la tu :)

Anak-anak saya pun ada juga perasaan takut nak jumpa doktor gigi. Tapi masih dalam kawalan la.
Baru je minggu lepas kakak Aina jumpa doktor gigi sebab gigi berlubang teruk, jadi terpaksa la cabut.

Irfan pun pernah juga cabut gigi dulu. Sebab gigi kekal dah naik, padahal gigi susu tu tak tercabut lagi. Dia jadi bertindan. Tapi nasib baik gigi kekal tu tumbuh elok, tak senget.

Ramai juga ibu bapa yang dalam dilema. Perlu ke dibiarkan je gigi susu ni, atau perlu dicabut bila gigi kekal dah mula tumbuh. Tapi, pada saya, dalam kedua-dua kes anak saya tadi, memang takde jalan lain dah. Kena cabut je la gigi susu tu, tak boleh dibiarkan.

Gigi Susu Perlu Dicabut Atau Dibiarkan Bila Gigi Kekal Mula Tumbuh?

Gigi susu anak telah mula bergoyang dan gigi kekal sudah tumbuh agak panjang dalam posisi menyenget. Timbul kekeliruan pada fikiran ibu bapa sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri.

Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak?

Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.


Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.   
   
Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tertanggal sendiri apabila tiba masanya.

Mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan adalah tidak benar sama sekali.

Bila Gigi Susu Perlu Dicabut ?

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh para doktor gigi iaitu:

1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas dan gigi susu belum tanggal lagi.

2. Gigi susu boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.

3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.

4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.

5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan berani untuk mencabut gigi anak yang sudah bergoyang.

Semoga info ni bermanfaat dan memberi panduan untuk kita semua :)

Thanks for reading.

No comments: