Friday, 25 January 2013

Fashion : Suka sangat shopping dress kat Poplook :)

Wahhh.. sekarang ni rajin pulak aku dok update blog ni. semangat sudah mari :)

okla, kali ni nak bercerita pasal fashion pulak. sekarang ni peplum saaaangat la in kan. aku pun ada jugak blouse peplum ni, tapi kali ni aku bukan nak share pasal peplum, tapi pasal Poplook. aku start terjebak dengan Poplook ni since last year time bulan puasa hari tu. lambat sikitla kan compare dengan orang lain, sebab sebelum tu tak terasa nak beli pun, usya jer. tapi ntah tiba2 angin apa ntah, hari raya lepas, teringin nak pakai maxi dress time raya.

google punya google, banyak online boutique yang ada jual, tapi mata aku ni berkenan betul dengan design kat Poplook, simple and sweet. target aku nak pakai plain maxi dress.

first dress yang aku beli sleeveless Penny Maxi Dress in blush. ada yang sleeveless je, tapi aku beli jugak sebab aku suka colour dia. tapi tak sesuai la kan pakai time raya maxi dress dengan cardigan. so, time tu aku harap sangat Poplook keluarkan yang long sleeve. Alhamdulillah, dah dekat2 nak raya tu, Poplook keluarkan Lucy Maxi Dress. apalagi, cepat2 aku grab sebelum sold out.

first time pakai maxi dress
Lucy Maxi Dress from Poplook

first dress yang aku mula2 beli kat Poplook
Penny Maxi Dress in blush

maxi dress Poplook ni sangat-sangat selesa. harga pun ok, free pos pulak tu. disebabkan tu la, aku terjebak beli lagi satu maxi dress. dah alang2 beli maxi dress tu, aku try la beli satu blouse kat situ sebab tengah SALE time tu. murah jer aku beli:) by the way, semua baju yang aku beli semua size S. yang maxi dress tu labuh jugak, tapi bila aku keluar jalan2 pakai wedges, ok jer:)

3rd maxi dress from Poplook
my first Poplook blouse yang beli time SALE
So, Poplook anyone?
aku baru jer beli selai lagi blouse hari ni kat Poplook:)

Tip Kecantikan : Jenis-jenis Jerawat dan Puncanya

Acne vulgaris (atau jerawat) adalah penyakit kulit yang umum , dikenali dengan keadaan kulit yang kemerah-merahan dan bersisik, berbintik hitam atau putih (black/whiteheads), bengkak (jerawat batu dan bernanah) berserta luka pada kulit yang menyebabkan parut terhasil. Jerawat terhasil bukan sahaja pada kawasan kulit muka, malahan di bahagian atas dada, dan belakang badan. Selain parut, kesan utama jerawat ini mempengaruhi psikologi manusia, seperti hilang keyakinan diri, malu dan kemurungan. Liputan media yang sering mengaitkan faktor cantik memberi tekanan emosi dan perasaan kepada magsa jerawat.

Antara faktor penyebab jerawat yang dikenalpasti melalu kajian termasuklah perubahan hormon, stress, makanan, pecemaran, produk makeup & penjagaan kulit dan ubat-ubatan.

Nak tau tak jenis-jenis jerawat yang biasanya tumbuh di wajah kita?

JOM KLIK SINI

Thursday, 24 January 2013

I'm on Instagram !!! Follow me @cikjatt

Dulu time ada handphone tekan-tekan butang tu (bukan touch screen la tu), aku selalu teringin nak ada Instagram. tapi aku ni jenis yang selagi benda tu tak rosak, aku tak akan tukar atau beli yang baru. So, pakai la aku handphone Sony Ericon Cybershot kesayangan aku tu walaupun orang lain semua dah pakai handphone yang canggih2. tapi aku memang sayang handphone tu sebab dah banyak berjasa kat aku, sebab aku tak perlu dah ada camera lain. camera dia cun sangat:)

then, tiba2 handphone aku tu buat hal. so aku pikir, inilah masanya, masanya untuk aku ada Instagram. hehehe. tak lama pun aku survey nak beli handphone baru tu, sebab cik abang yang buat decision untuk aku. kalau nak tunggu aku decide nak beli handphone yang mana satu, aku rasa mau sampai sekarang pun dok survey and pikir lagi.

so, aku just bagi requirement kat cik abang, aku nak handphone yang boleh berjasa kat aku sebagai camera jugak. dasar gile bergambar:) disebabkan aku dah pernah pakai Sony, jadinya aku rasa bab2 camera ni, Sony la yang paling power. dulu Cybershot, 8 Megapixel, sekarang aku guna Sony Xperia Ion, 12 Megapixel. memang clear habis.

then, benda pertama yang aku suruh cik abang install, mestila Instagram.

so, itula serba sikit sejarah macam mana aku boleh terjebak dengan Instagram ni. baru tengah dok belajar2 lagi macam mana nak guna.

Jom la follow @cikjatt

Instagram : cikjatt


Saturday, 19 January 2013

Team Building di Holiday Inn, Batu Ferringhi dan Penang Escape Eco Theme Park

Salam Semua:)

Actually  entry ni dah tersimpan kat dalam draft dah dekat sebulan lebih dah. dari last year, sampai la ke awal tahun 2013. bz sampai nak tekan publish pun tak sempat. boleh gitu:)

last year, bulan December, company aku ada buat team building dekat Batu Ferringhi. kitorang stay dekat Holiday Inn Resort, yang deeeeekaaaat sangat dengan Batu Ferringhi night market tu. first time aku stay kat sini, memang terbaikla. dahla aku stay ngan sorang jer member aku, tapi dapat family room yang ada 2 single bed and 1 king size bed, dengan balcony bagai. kitorang masuk jer bilik tu, memang terasa jakun sekejap, sampai tangkap gambar merata dalam satu bilik tu. tapi yang tak bestnya, tak boleh spend masa sangat nak enjoy bilik yang best tu. biasala kan, team building, balik bilik pun just time nak tidur jer pun.

okla, macam biasala kan Team Building, penuh dengan activity 'typical' Team Building, aktiviti kerahan otak dan tenaga. balik jer rumah, habisla sakit-sakit batu badan akibat aktiviti kerahan tenga:) 2 hari kitorang ada Team Building tu, so memang banyak sangat gambar-gambar menarik. tapi takdela aku nak share semua kat sini, share sekeping dua jer la:)

 team aku, menang one of the game:)

 2nd day, at ESCAPE PENANG, ECO THEME PARK

 bergambar sebelum masuk main panjat2 kat dalam ECOPARK

So korang boleh google sekarang ECOPARK PENANG. Siapa yang suka aktiviti lasak2 panjat memanjat macam Wall Climbing, Flying Fox semua tu, korang WAJIB pergi tempat ni :)