Tuesday, 3 March 2015

Jalan-jalan Bukit Bendera, Pulau Pinang


Wah.. Azam ke laut. Baru je azam nak update blog at least 1 entry start bulan ni. Haishh.. Tak boleh jadi ni. Kena bayar hutang 2 entry ni.

Ok, so first entry bulan ni, saja nak share kisah dan gambar bawa anak-anak ke Bukit Bendera weekend baru ni. Akhirnya, setelah sekian lama duduk kat Penang ni, baru berkesempatan bawa anak-anak ke Bukit Bendera ni.

Plan asal nak bertolak keluar rumah dalam pukul 8.45 a.m. sebab sekarang kan cuaca panas terik. Jalan-jalan waktu pagi takla panas sangat. Tapi biasala, nak suruh anak-anak mandi pun dah dekat setengah jam, makanya kitorang keluar rumah pukul 9 lebih macam tu. Still ok la kan.

Sampai je kat Bukit Bendera, tengok-tengok ramai juga orang datang. Tapi takdela sampai que panjang time nak beli tiket. Cuba kalau time cuti sekolah, confirm takdenya la kitorang nak pergi. Harga tiket untuk dewasa, RM10/pax, and kanak-kanak pula RM4/pax, info untuk yang plan nak pergi nanti.

Waktu naik train tu, kakak and irfan were soooo excited. Dah jalan-jalan kat atas tu, mula-mula tu ok lagi. Dah jalan separuh, mula la rasa boring. Hihi

Irfan siap tanya lagi
"Mama. Kita naik atas ni take photo je ke"

Adooii, terasa mama tau.

Nasib baik ada playground kat atas tu. So bolehla anak-anak main. The rest, takde apa sangat kut kat atas Bukit Bendera tu. Ke kitorang yang tak habis explore ke tak sure pulak.

Tak tau la berapa banyak kalori dah ku bakar berjalan kat atas tu, dengan turun naik tangga lagi. Perghh. Makin slim mak. Nasib baik dah pekena ESP Shaklee dulu sebelum pergi tu, maintain bertenaga gitu.

Overall, it was fun. Kakak and Irfan pun happy, Alhamdulillah. Jom kita layan gambar pulak..

Kami dah sampai. Ready nak panjat bukit!

Tiket pun dah siap beli. 
Lepas naik tu, korang jangan buang dulu tiket ni tau.
Nanti nak turun pun kena tunjuk tiket sebelum naik train

Adakah ini yang dinamakan P.O.Y.O :)

 Sampai dah kat atas.
Masa ni excited sangat ni, sebab baru lepas turun train

Irfan tengah mencari school Irfan yang tak mungkin dapat jumpa

Playground ni lah penyelamat keboringan kakak and Irfan

L.O.V.E

 Dah penat-penat berjalan tu, kita pekena ABC and banana split dulu seround
Punyala besar banana split tu sampai terkial-kial nak habiskan

 Pokok-pokok kat tepi sepanjang jalan ni, sangat la membantu..
Rasa redup dan berangin jer

Bye Bye Bukit Bendera!

Last pose, from me & cik abang. 
Gambar ihsan dari kakak.
It's our 8 year Anniversary!

Kat atas Bukit Bendera ni tak dapat line. Dah turun-turun tu, menderu-deru SMS and WhatsApp masuk. Non stop jari dok reply customer yang nak order Shaklee. Alhamdulillah :)

1 comment:

Fatin Mraz said...

banyak kali ke penang, but never had a chance to get up there..
last time pegi tgh ada keje2 renovatiion kat kakai bukit..

p/s: the last pic is so lovely~ ;)