Thursday, 8 October 2015

Waktu Operasi Poslaju Sabtu Dan Ahad


Angkut banyak-banyak barang untuk dipos, sekali poslaju tutup. Tapi takpe, belajar dari pengalaman. Kicik punya hal.

Ini kisah weekend baru ni actually. Dari pengalaman nilah baru ku tahu waktu bila boleh pos dekat Poslaju yang dekat mall tu.

Saya biasanya pos barang customer ikut waktu poslaju biasa je, dari hari Isnin sampai hari Sabtu, kecuali Sabtu minggu pertama, sebab Sabtu minggu pertama dan hari Ahad poslaju tutup kan. And selalunya memang pos dekat branch poslaju yang biasa je. Jarang sangat la pos dekat branch yang dekat mall macam yang ada dekat Tesco tu, boleh bilang dengan jari je.

Tapi weekend baru ni, dah alang-alang memang pergi Shaklee pastu nak pergi beli barang dekat Aeon Big Seberang Perai tu, ingat boleh la pos sekali. Dekat situ ada juga branch poslaju. Memang dah siap check dah waktu operasi poslaju dekat situ.

 Yang kat atas ni waktu operasi ni untuk area Kedah dan Pulau Pinang. Untuk negeri-negeri lain, korang boleh refer sini ok. 

Biasanya branch Poslaju yang dekat mall ni buka je hari-hari, so sebab dah memang dah buka kan, ingatkan Sabtu minggu pertama pun boleh pos.

Beriya ni dah lepas memborong stok dekat Shaklee, pack semua order customers dekat bonet kereta. 

Sekali angkut ke poslaju, tengok-tengok tak boleh pos. Sabtu minggu pertama memang tak boleh pos, urusan-urasan lain boleh buat, cuma pos je tak boleh. Confident jer. Hihi..

Shopping barang rumah la jawabnya kat situ. Memang weekend lepas ni tak pergi mana-mana pun kecuali shooping barang rumah, maklumlah jerebu teruk sangat.

Jerebu punya tebal. Dari atas Penang Bridge ni, tak nampak apa dah kat pulau tu.....

Dah penat ke sana ke mari, mengangkut barang segala, masa untuk isi perut :)

Pengajarannya kat sini, pos office memang buka je hari-hari kat outlets yang macam dekat Tesco tu, cuma Sabtu minggu pertama, memang tak boleh pos. Nak buat urusan lain, ok je. Senang la untuk sesape yang hari-hari kerja office hour kan, weekend tu bole la nak settle apa-apa hal... :)

No comments: