Saturday 3 December 2016

Rasa Kebas Di Hujung Jari Dan Tangan? Anda Mungkin Menhidap Carpal Tunnel Syndrome


Pernahkah anda apabila bangun dari tidur atau terbangun awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi, dan rasa tidak selesa di bahagian jari dan tangan?

Rasa seperti kebas dan sakit bagai ditusuk jarum biasanya pada bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk, sebahagian daripada jari manis dan pergelangan tangan.

Berulang kali tangan dan jari diusap atau disapu minyak panas bagi menghilangkan rasa kebas dan sakit tu, namun sakitnya seakan-akan tiada tanda berkurangan.

Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.


Apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Carpal Tunnel Syndrome terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Tanda-tanda Carpal Tunnel Syndrome
  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Faktor Yang Menyebabkan Punca Carpal Tunnel Syndrome

Kalau dulu, penyakit ini lebih kerap menyerang mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Namun sejak kebelakangan ini makin ramai golongan muda seawal usia 20-an mengalaminya kerana terlalu lama menaip mahupun melayari Internet di komputer. Begitu juga yang sentiasa menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.

Selain itu, berikut adalah antara faktor yang menjadi punca risiko Carpal Tunnel Syndrome:
  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok
  • Jenis pekerjaan (menjahit, melukis, pemandu, pekerja kilang pemasangan, pekerjaan melibatkan menaip dan komputer)
Cara Merawat Carpal Tunnel Syndrome

Kaedah rawatan Carpal Tunnel Syndrome terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Kaedah tanpa pembedahan 

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

2. Kaedah pembedahan

Kaedah pembedahan mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Vitamin Shaklee Yang Membantu Masalah Kebas Jari Dan Tangan, Carpal Tunnel Syndrome

Berikut adalah supplemen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas, sakit dan tidak selesa pada jari dan pergelangan tangan:


Vivix - sangat bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Ostematrix - mengandungi kalsium, dan lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, zinc, mangan dan mineral-mineral penting yang lain. Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. 

Omega Guard - membantu mengurangkan inflamasi, keradangan, serta memberi kuasa pelincir kepada sendi.

B Complex - kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B6 dan B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap dan dari sumber semulajadi.

Apa Kata Mereka Yang Amalkan Vitamin Shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2


Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ya. Cik Jatt 013-4894037

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: